Aku bersama beberapa blogger diantaranya Terompah Biru, Luaq Dome Ezplaned, Zackzara dan Rhymee Writes berkunjung ke sana pada 29 Disember yang lepas. Ini adalah diantara beberapa keping gambar yang berjaya dirakam pada hari tersebut.






Saya menghadiri majlis kampung angkat anjuran BDA (Bintulu Development Autority) yang memilih perkampungan ini untuk program kampung angkat pada kali ini. Terima Kasih kepada BDA yang menjemput kami untuk bersama-sama untuk menjaya program kampung angkat pada tahun ini. Perkampungan Kuala Nyalau terletak 120 Km daripada bandar Miri. Manakala dari bandar Bintulu pula sejauh 75 km untuk sampai ke kampung ini. Kampung ini terletak lebih kurang 10 km daripada persimpangan jalan pesisir pantai Miri-Bintulu.

Yang menarik perhatian saya di kampung ini adalah pokok Tongkat Ali @ Pasak Bumi. Sebelum ini pokok tongkat ali sememangnya agak sukar untuk dijumpai kerana hidup didalam kawasan hutan tropika sahaja. Tetapi di kampung ini, pokok tongkat ali @ pasak bumi ini ditanam di sepanjang kiri kanan jalan masuk ke kampung. Kami difahamkan pokok tersebut ditanam untuk dijadikan pendapatan sampingan kepada para penduduk kampung yang menanamnya.
Terdapat sebuah resort yang dimiliki oleh salah seorang penduduk untuk menjadikan perkampungan ini sebagai tarikan kepada pelancong dari luar atau dalam negara. Ini adalah disebabkan perkampungan ini terletak berhampiran laut serta mengadap Laut China Selatan dengan pasir yang memutih disepanjang pantai kampung ini. Terdapat juga bekalan elektrik yang disediakan serta dibiayai oleh persatuan penduduk-penduduk kampung sendiri dengan mengunakan janakuasa elektrik yang mana mengunakan diesel untuk menerangi rumah-rumah penduduk di waktu malam. Dengan bayaran serendah RM10 sebulan untuk sebuah rumah, penduduk disini dapat memiliki kemudahan ini. Bayaran tersebut adalah untuk membeli bahan bakar diesel tersebut.
Kemudahan yang terdapat pada resort ini adalah adalah seperti hall, diving hall dan banyak lagi. Resort terbabit menjadi tempat penginapan aku selama 2 hari satu malam tika berada disini. Banyak aktiviti-aktiviti sukan pantai yang dapat dilakukan disini selain keindahan air terjun nyalau yang terletak 25 minit berjalan kaki dari perkampungan ini. Banyak aktiviti yang dianjurkan oleh penduduk kampung seperti sukan Rakyat, Pertandingan Memancing, Aktiviti membersihkan pantai serta Program menanam pokok kelapa disepanjang pantai kampung ini. Diakhir program ini, BDA menyerahkan bantuan keperluan asas kepada penduduk yang terpilih serta menyerah dana bantuan dalam bentuk wang untuk bekalan elektrik di kampung terbabit.Pantai Lutong juga menjadi salah satu tempat perkelahan untuk penduduk bandaraya Miri serta beriadah. Ini adalah disebabkan lokasinya hanya 3 kilometer sahaja dari pusat bandar serta berhampiran dengan piasau camp. Setelah sampai di sana ramai juga pengunjung yang mengunjungi pantai ini. Ada yang datang bersama keluarga untuk bermandi-manda, ada pula yang datang untuk menikmati keindahan matahari terbenam di ufuk barat serta aktiviti bersantai di tepi pantai. Suasana petang itu begitu mempesonakan serta memukau kebanyakan para pengunjung kerana dengan tiupan angin bayu yang mengasyikkan serta kedengaran enjin kipas daripada aktiviti paragliding yang bertempat di situ sekali sekala ketika melimpasi kedudukan kami.
Pada petang itu juga, Zara memberitahu dia nak Fly! zara ingin mencuba aktiviti paragliding yang dipelawa oleh kawannya untuk mencuba aktiviti ini. Sambil aku dengan along meneruskan aktiviti mengejar sunset. Sempat juga aku merakamkan beberapa keping gambar zara mempelajari aktiviti paragliding dengan penuh keazaman dan kegigihan serta teknik-teknik untuk melayakkan beliau menguasai awan yang biru.........Good Luck zara.
Openhouse Aidilftri.....Sambutan hari raya kali ini bertempat di teratak Rush & Wan pada 25 Oktober 2008(Sabtu) yang diadakan disebelah malam. Terima kasih kepada Rush & Wan yang sudi menjemput kami dari sebilangan tetamu yang hadir pada malam tersebut. Hujan yang turun pada waktu itu tidak menganggu kemeriahan majlis jamuan ini yang berkonsepkan garden party serta santai. Lebih-lebih lagi bertemakan putih yang membuatkan majlis ini bertambah berseri.
Setelah tiba di rumah Rush pada jam 7.00 malam kelihatan kelibat khairul, Haizul, aned serta Suhaili sudah berada di rumah Rush pada waktu itu. Mereka datang lebih awal kerana membantu Rush & Wan menyediakan hidangan pada majlis sebelah malamnya. Pada saat ini, baru ku sedar hanya aku yang tidak menepati konsep serta tema majlis pada malam tersebut. Ini adalah kerana tidak dimaklumkan oleh Rush ketika menjemput aku. Mungkin Rush terlupa untuk memberi tahu mengenai hal tersebut kerana coverage network di kawasan rumah aku tinggal kurang memuaskan(asyik putus-putus je time berbual dengan Rush). Ini membuatkan aku memang berbeza daripada tetamu-tetamu yang lain. Ini tidak melunturkan semangat aku untuk memenuhi undangan ke majlis ini serta berjumpa dengan rakan-rakan yang lain. Ramai juga tetamu yang hadir pada majlis ini walaupun hari hujan renyai-renyai sebelum majlis bermula.
Menu yang dihidangkan adalah dimasak sendiri oleh tuan rumah, semua sudah makluman di kalangan rakan-rakan sekiranya Rush masak pasti sedap dan membuatkan para tetamu yang makan pasti terkagum dengan masakanya yang enak serta lazat. Banyak hidangan yang disediakan diantaranya Mee Rebus Johor dan Nasi Jagung yang dihidang bersama ayam panggang serta salad. Kek Lapis Sarawak turut terhidang yang dibawa oleh aned dari kuching yang datang ke Miri sehari sebelum majlis ini. Bermacam-macam jenis biskut raya yang menarik serta berwarna warni turut dihidangkan bersama-sama kek lapis sarawak yang dibawa oleh Rush dari JB.
Majlis jamuan raya ini turut diserikan dengan nyanyian yang telah memdendangkan lagu solo oleh antz dan wan serta beberapa buah lagu duet diantara mereka berdua. Ini adalah kerana tuan rumah turut menyediakan set karaoke membuatkan lagi majlis ini bertambah meriah walaupun suasana pada malam tersebut agak dingin.
Walaupun sudah memasuki minggu ke2 dalam bulan syawal ini, jemputan untuk menghadiri serta mengunjungi rumah terbuka sempena hari raya masih meriah dirasai. Pada 11 syawal yang lepas, terima kasih kepada suhaili kerana sudi menjemput kami ke rumah terbuka beliau terletak di pujut 7. Semasa ku sampai di rumah suhaili, sahabat-sahabat yang lain sudah berada disana kerana ku tiba agak lewat berbanding yang lain kerana ada urusan lain sebelumnya. Biasa lah kalu dah berkumpul beramai-ramai nie. Banyaklah cerita yang dibualkan serta gurauan mesra yang mengeratkan lagi uhkuwah sesama kami. 
Dari kiri di atas sofa : Rhymee Writes, Teratak Ku, Tepak Sireh, Chronicle, Luaq Dome Esplanade dan Haizul.

Dari kiri di atas sofa : Amalia, Nurul, Anne, Along, Laili, ZackZara dan Aishah.
Gambar ini yang dapat mengambarkan suasana kemeriahan rumah terbuka Aidil Fitri khairul serta keluarga yang sempat di ambil oleh kawan-kawan semua. Terima kasih juga kepada khairul yang telah mengadakan jamuan rumah terbuka sehari sebelumnya di luak. Hidangan yang disediakan amat membuka selera kerana menu yang disediakan adalah dimasak sendiri oleh mak Khairul. Ini menambah selera kami untuk merasai masakan yang terhidang. Setelah lebih kurang satu setengah di rumah khairul kami beransur-ansur pulang kerana masing-masing ada urusan lain.