Saturday, November 22, 2008

KUALA NYALAU BEACH RESORT


Pada 8 Nov yang lalu, Saya berkesempatan mengunjungi perkampungan Kuala Nyalau yang terletak di pertengahan perjalanan diantara Bandar Miri dengan Bandar Bintulu sekiranya mengunakan lebuhraya pesisir pantai. Perkampungan ini terlatak dalam bahagian Bintulu dan diketegorikan dalam kawasan luar bandar. Majoriti penduduk kampung Kuala Nyalau adalah dari kaum kadayan yang beragama islam. Salah satu kelompok kaum daripada posisi masyarakat bumiputera di negeri Sarawak. Rata-rata penduduk disini adalah pertani, mencari hasil hutan dan sebilanganya adalah nelayan pesisir pantai.
Saya menghadiri majlis kampung angkat anjuran BDA (Bintulu Development Autority) yang memilih perkampungan ini untuk program kampung angkat pada kali ini. Terima Kasih kepada BDA yang menjemput kami untuk bersama-sama untuk menjaya program kampung angkat pada tahun ini. Perkampungan Kuala Nyalau terletak 120 Km daripada bandar Miri. Manakala dari bandar Bintulu pula sejauh 75 km untuk sampai ke kampung ini. Kampung ini terletak lebih kurang 10 km daripada persimpangan jalan pesisir pantai Miri-Bintulu.

Yang menarik perhatian saya di kampung ini adalah pokok Tongkat Ali @ Pasak Bumi. Sebelum ini pokok tongkat ali sememangnya agak sukar untuk dijumpai kerana hidup didalam kawasan hutan tropika sahaja. Tetapi di kampung ini, pokok tongkat ali @ pasak bumi ini ditanam di sepanjang kiri kanan jalan masuk ke kampung. Kami difahamkan pokok tersebut ditanam untuk dijadikan pendapatan sampingan kepada para penduduk kampung yang menanamnya.

Terdapat sebuah resort yang dimiliki oleh salah seorang penduduk untuk menjadikan perkampungan ini sebagai tarikan kepada pelancong dari luar atau dalam negara. Ini adalah disebabkan perkampungan ini terletak berhampiran laut serta mengadap Laut China Selatan dengan pasir yang memutih disepanjang pantai kampung ini. Terdapat juga bekalan elektrik yang disediakan serta dibiayai oleh persatuan penduduk-penduduk kampung sendiri dengan mengunakan janakuasa elektrik yang mana mengunakan diesel untuk menerangi rumah-rumah penduduk di waktu malam. Dengan bayaran serendah RM10 sebulan untuk sebuah rumah, penduduk disini dapat memiliki kemudahan ini. Bayaran tersebut adalah untuk membeli bahan bakar diesel tersebut.
Kemudahan yang terdapat pada resort ini adalah adalah seperti hall, diving hall dan banyak lagi. Resort terbabit menjadi tempat penginapan aku selama 2 hari satu malam tika berada disini. Banyak aktiviti-aktiviti sukan pantai yang dapat dilakukan disini selain keindahan air terjun nyalau yang terletak 25 minit berjalan kaki dari perkampungan ini. Banyak aktiviti yang dianjurkan oleh penduduk kampung seperti sukan Rakyat, Pertandingan Memancing, Aktiviti membersihkan pantai serta Program menanam pokok kelapa disepanjang pantai kampung ini. Diakhir program ini, BDA menyerahkan bantuan keperluan asas kepada penduduk yang terpilih serta menyerah dana bantuan dalam bentuk wang untuk bekalan elektrik di kampung terbabit.

6 comments:

zackzara said...

wahhhhh......cantek cantek gambar ni... Hmmm... ada org tu dah mengaplikasikan sesuatu. huhu...good!

'sesuatu' itu mmg sungguh buat saya tergoda. Hahhahaa...

*excited! tapi....tetap tak dan nak upload and update my blog! hahahhaa*

shhhhhh... oh! terima kasih pada pemberi 'sesuatu' ilmu itu...ada apa2 lagi yg boleh di cilok? sila kongsi bersama The Wengs Club ok!

*wink*

whitelighter said...

grrrr napa masa saya dok miri tak penah nak ajak gi tempat2 cenggini...

Along Abdul Karim said...

wah... best gak pengembaraan Nash kali nie.. Along sendiri pun tak pernah sampai situ lagi.. nampak cam best yerk :)

Nasarudin Ahmad said...

zaczara-tema kasih.......ilmu kena la kongsi-kongsi,kang cakap makan sorang plak.

whiteligter-masa u dok miri,jarang join dengan kita org..............hehehehehe sory

along-tema kasih,nanti kita g tempat nie ek

zu said...

wah..bestnyer...ade gk yg berminat ngan kpg sy ni ek..rindu lak kt kpg :)

Jason Church said...

wah..bestnyer...ade gk yg berminat ngan kpg sy ni ek..rindu lak kt kpg :)