Wednesday, October 14, 2009

NEW BOSS IN MY OFFICE

Dah masuk bulan kedua aku berkerja dibawah naungan boss ...bila dapat boss baru je, ramai2 la di kalangan staff yang ingin mengetahui tentang peragai, karekter atau cara pengurusannya. Dalam pejabat sekarang dah ramai yang bercakap@berkelakar dalam bahasa melayu tetapi dalam dialek orang india. Masing-masing geli hati dengan bahasa melayunya yang selalu saja salah tatabahasa serta sebutannya.

Contoh macam hari nie, waktu boss tak ade di pejabat je, dah tak kedengaran bahasa sarawak dalam pejabat, masing-masing dengan dialek indianya. Sehinggakan makcik yang mencuci pejabat pun turut serta dalam kelompok masyarakat dialek india tu.....

Apa saja ayat yang kuar dari mulut boss dari teguran, perbualan serta gurauwanya menjadi dialog staff-staff pejabat dalam masa 3 minggu nie.....kadang kala aku senyum sendirian melihat telatah mereka....terutamanya driver, driver nie sering kali kena tegur olehnya. Dan semuanya akan menjadi topik bualan mereka. Dianataranya " u tarak tido ka samalam, apa bikin? washman ka?"......

*ku ingin tahu sampai bila mereka akan berterusan bercakap dalam dialek itu...pantang boss tak ade je....ada saje perkataan-perkataan yang mencuit hati kedengaran di cuping teliga dari work station masing-masing.....dah rasa mcm dok dalam kelas bahasa la pulak.........

Seolah-olah semuanya memperaktikan sloagan PM kita, 1 Malaysia.............

Monday, October 12, 2009

KEMUSNAHAN ALAM SEMULAJADI



JALAN KUALA BARAM TO SUNGAI TUJUH BRUNEI SEBELUM JAMBATAN ASEAN
KEJADIAN BERLAKU DALAM BULAN OGOS 2009






Monday, August 24, 2009

Di manakah kamu wahai bulan....

aku kini rindukan bulan..
rindukan kelembutan cahaya nya..
yang kadang kelam di belakangkan awan..
dimanakah bulan kini..
adakah malu untuk bercahaya lagi..
atau kerana merajuk untuk bercahaya..
dimanakah bulan kini..
adakah asap dan kabus jerebu terlalu tebal menghalang bulan terus bercahaya..
lalu bulan merajuk dan menyembunyikan diri..
sang pemuja ni sangat merindui bulan..
dambakan keindahan mu..
bersinar di langit yang luas terbentang..
menjadi petunjuk dalam kegelapan..
aku amat memerlukan cahaya..
untuk menerangi jalan ku yang bengkang bengkok ini..
untuk memimpin aku dalam kekabutan ini..
untuk menemani aku meneruskan perjalanan ini..
dimanakah kamu wahai bulan..
muncul lah kamu wahai bulan..
aku akan tetap menanti cahaya mu..
aku hanya seorang pemuja..
yang merindui cahaya mu bulan..

Thursday, July 30, 2009

H1N1 MENYERANG MIRI RESORT CITY


Sudah masuk hari ketiga beberapa pusat pengajian tinggi dan sebuah sekolah menengah yang diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan bagi mengekang penularan penyakit H1N1 di Miri. Alhamdulilah, belum ada lagi setakat ini pejabat-pejabat kerajaan yang diarahkan tutup akibat penyakit H1N1 nie. Penyebaran penyakit ini di Miri banyak memberikan kesedaran kepada masyarakat di Miri untuk menjaga kebersihan diri dan kawasan sekitar. Maklum sahaja la,masyarakat Malaysia kurang mengambil perhatian untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri bagi golongan tertentu.

Dengan pemerhatian aku di sekitar bandaraya ini, Segelintir penduduknya telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan sabun pencuci tangan yang mengandungi anti bakteria untuk kegunaan di rumah masing-masing, Syabas buat kaum ibu yang memandang serius dalam hal ini.
Jaga la kebesihan diri anda.....

Monday, July 27, 2009

GATH LAGI......

Dah agak lama kami tak bersua bersama kerana masing-masing cbuk dengan tugasan@urusan kerja di atas muka bumi selaku umat yang maha ESA. Seingat aku last time kita orang sume jumpa pada sambutan hari jadi Kak Nurizz......Kak Nuriz adalah salah seorang sahabat kami di Miri tetapi memcari nafkah kehidupan di negara jiran iaitu Brunei...
Perjumpaan kami pada 24 Julai yang lepas adalah untuk mengeratkan kembali tali silaturahim sesama kami. Kali ini kami berjumpa di Restoran Sajian Warisan yang mana perjumpaan ini telah dijayakan oleh Fizz zakuan....Taniah Fizz. Terima kasih kerana menjemput aku sekali ek....Bila lagi perjumpaan yang berikutnya?......Pasal lama tak berjumpa sembang punya sembang sampai restoran nak tutup, baru kami berangkat meninggalkan sajian warisan.


Perjumpaan kali ini adalah untuk meraikan belated brithday Rush......Tika tarikh ulang tahun tersebut, beliau tiada di Miri kerana bercuti.....

Diselitkan gambar-gambar yang sempat diambil pada malam itu.....
Best la The Weng's, pasal dah lama tak jumpa kan....

Sunday, July 26, 2009

SIBUK DI HUJUNG MINGGU BERSAMA-SAMA

Sudah masuk minggu kedua, The Weng's sibuk menjaga ahli terbaru kami yang amat comel & cute...Masing-masing sibuk nak memberikan perhatian sepenuhnya kepada si comel nie...Sekarang di hujung minggu dah jarang sekali kami melepak di kedai kopi berbual-bual panjang untuk membuang masa. Kebisaannya kami akan menjadikan umah cik essah sebagai port terbaru bersama-sama si comel dan makan tengahari bersama-sama di samping mengeratkan tali silatulrahim sesama kami......gambar-gambar si comel yang diambil petang tadi.....


Sunday, July 12, 2009

HOUSEMATE WEDDING'S

Tanggal 7 Jun 2009 seorang sahabat baik aku telah menamatkan zaman bujangnya. Safri adalah sahabat pertama yang ku kenali setelah beberapa hari menjejakkan kaki di tanah borneo yang bergelar sarawak nie untuk mencari rezeki setelah mendaftarkan diri sebagai salah seorang kakitangan kerajaan. Beliau yang ku kenali secara tidak sengaja tika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk menuju ke Miri pada waktu itu. Kami telah menaiki pesawat yang sama pada saat itu. Aku hanya berpendapat pada waktu itu, saja menegur sapa orang yang berada di sebelah ku pada tika itu. Ini adalah kerana pesawat yang kami akan naiki telah ditunda masanya dari yang sepatutnya. Tidak ku sangka orang ku tegur waktu di lapangan itu akan menjadi salah seorang sahabat baik ku sehingga sekarang. Dah menjadi adat anak perantau, tak salah bertegur sapa? beramah mesra di tempat barukan?.......Safri telah memilih seorang gadis yang bernama Mazquin untuk menjadi permaisuri dalam hidunya. Setelah berkenalan selama 4 tahun, mereka memutuskan untuk mendirikan rumahtangga bersama-sama.


Dengan sekali lafaz (akad nikah) sahaja, maquin sah menjadi isteri kepada seorang jejaka yang bernama Safri Morsidi. Majlis pernikahan tersebut diadakan di rumah pengantin lelaki di Taman Perumahan Rakyat Petrajaya, Kuching. Majlis yang adakan secara sederhana tetapi tetap meriah dengan kedatangan sanak saudara kedua-dua mempelai. Sebelah malamnya diserikan dengan majlis bergendang (Bertandak) yang mana salah satu acara tradisi yang masih bertahan bagi masyarakat melayu di Bumi Kenyalang. Acara sebegini amat jarang ku temui tika berada di Miri mungkin ada bertangapan majlis bergendang sudah lapuk dik zaman. Banyak majlis yang ku hadiri telah mengantikan acara bergendang dengan acara berlagu@karoeka.......Banyak kata-kata nasihat yang terselit dalam pantun-pantun yang disampaikan. Majlis persandingan diadakan di Dewan Orang Ramai Petrajaya keesokan harinya. Ini adalah majlis perkahwinan yang pertama ku hadiri luar dari bandaraya Miri. Taniah buat Safri dan pasangannya Maquin semoga berbahagia hingga ke hujung hayat bersama-sama.



Wednesday, July 8, 2009

SUSAHNYA........









Wednesday, March 18, 2009

60 EARTH HOUR-MALAYSIA


This year, Earth Hour has been transformed into the world’s first global election, between Earth and global warming.

For the first time in history, people of all ages, nationalities, race and background have the opportunity to use their light switch as their vote – Switching off your lights is a vote for Earth, or leaving them on is a vote for global warming. WWF are urging the world to VOTE EARTH and reach the target of 1 billion votes, which will be presented to world leaders at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009.


This meeting will determine official government policies to take action against global warming, which will replace the Kyoto Protocol. It is the chance for the people of the world to make their voice heard.Earth Hour began in Sydney in 2007, when 2.2 million homes and businesses switched off their lights for one hour. In 2008 the message had grown into a global sustainability movement, with 50 million people switching off their lights. Global landmarks such as the Golden Gate Bridge in San Francisco, Rome’s Colosseum, the Sydney Opera House and the Coca Cola billboard in Times Square all stood in darkness.


In 2009, Earth Hour is being taken to the next level, with the goal of 1 billion people switching off their lights as part of a global vote. Unlike any election in history, it is not about what country you’re from, but instead, what planet you’re from. VOTE EARTH is a global call to action for every individual, every business, and every community. A call to stand up and take control over the future of our planet. Over 74 countries and territories have pledged their support to VOTE EARTH during Earth Hour 2009, and this number is growing everyday.We all have a vote, and every single vote counts. Together we can take control of the future of our planet, for future generations.


VOTE EARTH by simply switching off your lights for one hour, and join the world for Earth Hour.

Malaysia icon will be going dark on the 28th of March in support of Earth Hour!


KL Sentral

KL Sentral, Malaysia’s largest transit hub which houses :
A World-Class Transit Hub
Corporate Office Towers and Business Suites
International Hotels
Luxury Condominiums
Retail Malls & Serviced ApartmentsWill go dark in support of Earth Hour 2009!

KL Tower

KL Tower will be going dark on the 28th of March in support of Earth Hour! Watch this landmark tower go dark from various locations around KL.

Penang Briged

One of the longest bridges in the world and in Malaysia will be going dark for one hour in support of Earth Hour!

Wednesday, March 11, 2009

Biarkan mereka rasai pengalaman itu...

Pagi ini hujan yang turun yang lebatnya telah mengejutkan saya dari tido, sekitar jam 5 pagi. Kebetulan kebetulan pagi ini, rakan serumah saya bangun awal kerana hendak berangkat ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pertama dari Miri pada jam 0620 pagi . Saya yang akan menghantarnya ke lapangan terbang, dalam perjalanan pulang tiba-tiba saya teringat kembali kenangan manis bersama-sama arwah ayah tika hujan begini. Ini telah membuatkan perasaan rindu dengan kampung membuak-buak dalam jiwa ku.

Kalau masa saya kecil-kecil dahulu, waktu hujan begini memang saat yang saya tunggu. Lagi lebat hujan lagi saya suka. Lagi thrill! Masa untuk mandi. Ya, mandi hujan!!! Best!!!

Biasanya dengan berseluar pendek, saya akan ke terjun ke halaman rumah. Sambil mandi hujan, sambil menyapu longkang. Atau berguling-guling dalam lopak air. Apa lagi, berkubanglah. Masa itu umur saya 7-8 tahun. Biasanya saya akan berkubang dengan kakak saya.

Arwah ayah memang sporting. Kadang-kadang dia pun ikut sama. Waktu inilah dia akan membersihkan longkang di sekitar rumah atau menebas, membuat aliran air bagi mengelakan hakisan pada pasir di halaman rumah. Ada masa dalam hujan begini, kami akan mencabut ubi kayu untuk dibuat penganan. Ubi rebus cicah dengan kelapa yang digaul dengan gula. Minum dengan kopi panas. Uiks... kecur air liur!!dah lama tak makan.......

Emak tidak pernah melarang. Tak bimbang pun kena demam. Cuma kalau ada kilat atau petir, baru emak tegah. Kalau sekadar hujan sahaja, mandilah sampai kecut.Dan kami pula tak pernah demam sebab mandi hujan. Mungkin udara waktu itu tidak tercemar. Maklumlah, kami tinggal di kawasan pedalaman.

Rindunya zaman waktu kanak-kanak dahulu...........

Friday, February 13, 2009

WE WILL NOT GO DOWN

This song is dedicated for all muslim especially our brothers and sisters in Palestine. I hope the song can sparks more awareness between people about the brutality and cruelty of the Zionist Israeli terrorist.


WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive
They came with their tanks and their planes

With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down In the night, without a fight

You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain

But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight

You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Valentine Day

Asal-usul Valentine

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)


1) Perayaan dalam Islam telah disebutkan oleh Nabi iaitu dari sabdaan Nabi SAW :

Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.

Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.

Ini bermakna, tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya.

2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)

3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :

"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.

Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)

Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan munkar

4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan sepertinya.

5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )


Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)

Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang juga haram.

6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah :

"Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"

Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.

Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:

Lelaki: Bolehkah saya jual?

Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.

Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?

Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.

Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?

Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)

Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hokum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.

7) Dilarang juga saling mengirim ucapan bersempena hari ini.


Diambil dari daripada petikan Ust Zaharuddin


Friday, February 6, 2009

Kekejaman Israel Di Bumi Palestin

Negara haram Israel sudah lama menyekat ekonomi Gaza, semenjak kemenangan HAMAS pada pilihanraya umum Palestin pada Januari 2006 lalu. Semenjak itu, pelbagai usaha telah diambil oleh negara haram Israel serta sekutunya di Washington dan Eropah bagi menggulingkan kerajaan HAMAS yang dilantik rakyat Palestin secara demokratik. Mereka berusaha melaga-lagakan berbagai fraksi di Palestin, bahkan usaha-usaha perdamaian dalaman Palestin sangat dicemburui dan dibantah musuh-musuh Palestin ini. Perjanjian Makkah pada Disember 2006 yang termeterai untuk membentuk kerajaan campuran sangat tidak disenangi Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Mereka, terutama AS melalui Condoleeza Rice dan Keith Dayton, kemudiannya mengapi-apikan isu perbezaan politik dan berjaya menghasut segelintir pihak berpengaruh di Palestin, seperti Mahmoud Abbas dan Muhammad Dahlan untuk bersekongkol dalam menjatuhkan kerajaan HAMAS secara penggulingan bersenjata.

Walaubagaimanapun, usaha-usaha ini telah dikesan oleh kerajaan HAMAS dan digagalkan dalam pertempuran berdarah antara HAMAS dan FATAH di Gaza pada Jun 2007 yang lalu. Akibatnya, pihak FATAH di Gaza mengaku kalah dan berundur ke Ramallah, lalu HAMAS menguasai Gaza secara mutlak. Ini memberi alasan bagi Israel untuk lebih mengetatkan sekatan ekonominya ke atas Gaza. Bahkan Israel berjaya mengajak Mesir yang menyempadani Gaza agar menutup sempadan Gaza-Mesir. Kemasukan rutin bantuan kemanusiaan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut disekat dan dihadkan. Lalu bermulalah krisis kemanusiaan paling teruk dalam sejarah peradaban manusia akibat penindasan sesama manusia.

Jurang antara pemimpin FATAH di Tebing Barat dan HAMAS di Gaza semakin membesar apabila Mahmoud Abbas mengisytihar Gaza sebagai negeri pengganas dan pembelot serta enggan membincangkan soal perdamaian antara kedua pihak. Pihak Berkuasa Palestin (PA) di bawah Mahmoud Abbas membentuk kerajaan Tebing Baratnya sendiri dan melantik Salam Fayyad sebagai PM boneka. Mahmoud Abbas dan kerajaan baru ini terus mendapat sokongan moral dari AS dan Eropah. Bahkan, kerajaan tidak demokratik ini telah mendapat sokongan latihan dan kewangan berjuta dollar dari AS untuk menguatkan pasukan keselamatannya untuk menghapuskan jentera penentangan di Palestin. Dengan kekuatan baru ini, mereka telah bersekongkol dengan Israel untuk menghapuskan elemen-elemen penentangan di sekitar Tebing Barat. Mereka menutup dan merampas sekolah-sekolah dan asrama anak yatim, kompleks membeli belah, kedai-kedai serta mana-mana institusi yang boleh dikaitkan dengan HAMAS dan penentangan. Mereka turut memburu, menangkap, memenjara dan membunuh pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang Palestin dan rakyat biasa di Tebing Barat yang mempunyai kaitan atau menunjukkan simpati terhadap HAMAS dan penentangan.

HAMAS yang mengecam tindakan ini bagaimanapun sentiasa berusaha untuk mengajak FATAH agar berunding untuk kepentingan masa depan Palestin. Berbagai usaha kesatuan semula telah diambil HAMAS dan beberapa pemimpin antarabangsa antaranya pemimpin dari Yemen dan Mesir, namun tidak menunjukkan sebarang hasil yang memberangsangkan. Pada masa yang sama, sekatan ekonomi di Gaza oleh Israel dan AS terus berlanjutan sehingga mencapai tahap kritikal dari sudut hak dan keperluan asasi manusia. Makanan, ubatan, tenaga elektrik, saliran semuanya mengalami kegawatan ke tahap kronik. Tujuannya, untuk menghukum rakyat Gaza yang memilih HAMAS sebagai kerajaan dan menjadikan rakyat berang kepada HAMAS yang cuba digambarkan membawa malang kepada rakyat.

Namun, berkat kesabaran HAMAS serta kesetiaan rakyat Gaza menyebabkan HAMAS terus popular di mata rakyat. HAMAS terus menekan Israel untuk menghentikan penindasannya dengan melancarkan roket-roket buatan tangan mereka ke bandar-bandar Israel. Akhirnya, dengan campurtangan Mesir, Israel dan Gaza telah mempersetujui sebuah genjatan senjata 6 bulan yang agak rapuh dari 19 Jun 2008 ke 19 Disember 2008, dengan syarat bekalan asasi dibenarkan masuk ke Gaza serta sempadan-sempadan Gaza ke dunia luar dibuka seperti biasa. Namun, ternyata Israel dan Mesir hanya berpegang kepada perjanjian tersebut secara minimal. Bahkan, sebulan sebelum tamatnya perjanjian genjatan senjata antara Gaza & Zionis, pihak Zionis telah menzahirkan secara terang-terangan bahawa ia tidak pernah menghormati genjatan senjata ini dengan melakukan beberapa serangan maut di Gaza disamping mengetatkan lagi sekatan ekonomi dan kawalan sempadan. Sepanjang genjatan senjata, Israel telah membunuh 40 nyawa rakyat Gaza, manakala tiada seorang pun rakyat Israel yang terbunuh. Malangnya, tindakan ganas Israel ini mendapat sokongan AS serta konco-konconya dengan alasan Israel berhak mempertahankan dirinya.

Penyembelihan besar-besaran di Gaza berlaku selepas tamatnya genjatan senjata ini. Serangan ini berlaku pada Sabtu 27 Disember 2008, 24 jam selepas lawatan menteri luar Israel, Tzipi Livni ke Kaherah, Mesir dalam pertemuannya dengan Presiden dan pegawai atasan Mesir. Dalam ucapan rasminya di hadapan media, Tzipi Livni mengancam untuk menjatuhkan HAMAS. Di situlah pengisytiharaan perang berlaku.24 jam kemudian, Israel telah melancarkan operasi serangan besar-besaran ke atas Gaza.

Pada Sabtu 27 Disember, tentera Israel telah membedil Gaza dengan serangan udara dan memobilisasikan tentera daratnya beserta kereta-kereta kebalnya ke sempadan Gaza-Israel. Tidak cukup dengan itu, negara pengganas itu telah mengerahkan 6,500 tentera simpanannya untuk bersiap sedia di sempadan Gaza. Serangan udara tersebut dimulakan pada tengah hari Sabtu, sebaik sahaja waktu anak-anak pulang dari sekolah. Sehingga hari ketiga, Israel telah membunuh seramai 364 orang rakyat Palestin dan mencederakan lagi 1650 orang; bahkan mereka membunuh 150 orang dalam masa kurang dari setengah jam. Ini adalah serangan udara paling berdarah yang pernah dilancarkan dalam sejarah konflik Palestin-Israel. Antara yang terbunuh dan cedera bukanlah semata-mata pejuang-pejuang dan pasukan keselamatan Palestin, bahkan rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, serta bayi . Fawzi Barhoum, seorang jurucakap kerajaan HAMAS di Gaza mengatakan, “Hari berdarah ini tidak pernah disaksikan Genting Gaza sebelum ini.”

Pihak hospital di Gaza, terutama Hospital Syifa’ (hospital terbesar di Gaza), tidak mampu menanggung pesakit yang sangat ramai yang datang berduyun-duyun. Kelengkapan hospital yang terbatas, banyak ambulan yang sudah tidak berfungsi dan tidak mampu diperbaiki, dan bekalan ubatan yang terhad, semuanya adalah angkara sekatan kejam besar-besaran ke atas Gaza. Namun, ramai pesakit yang bersikap murni meminta doktor-doktor mendahulukan orang-orang yang lebih memerlukan rawatan akibat serangan dahsyat tentera Zionis. Lebih mengerikan, hasil siasatan, doktor-doktor Palestin mendedahkan bahawa Israel telah menggunakan senjata-senjata yang telah diharamkan komuniti antarabangsa. Didapati mangsa-mangsa yang datang mendapatkan rawatan, walaupun cedera ringan, terus bertambah parah keadaannya dan mati secara tiba-tiba. Seorang doktor turut melaporkan menerima pesakit yang mengalami kekoyakan pada tulang dan kecacatan teruk pada anggota badan.

Beratus-ratus rakyat Palestin cuba menyelamatkan diri dengan menyeberang ke Mesir melalui sempadan di Rafah, namun pintu utama Mesir-Gaza itu terus ditutup dan dikawal ketat oleh tentera Mesir. Rakyat Gaza yang berjaya merobohkan sebahagian tembok sempadan dengan bulldozer bagaimanapun terus dihalau dan disekat oleh Mesir yang menggunakan kekerasan. Pilu juga menyaksikan bahawa negara Mesir turut bersekongkol dalam memerangkap dan menghukum rakyat Palestin di Gaza, daerah paling padat di dunia itu. Lebih teruk, Mesir menghalang pasukan pakar-pakar bedah Mesir yang bersemangat ingin membantu saudara mereka dari menyeberang ke Gaza. Mesir juga turut menghalang pendaratan pesawat dari Libya yang membawa peralatan dan ubat-ubatan yang sangat diperlukan di Gaza. Tindakan kerajaan Mesir ini teramat menyedihkan dan penuh tanda tanya tentang kesetiaannya kepada rumpun dan agamanya sendiri.

Israel, negara pengganas, memberi alasan bahawa serangan dahsyat ini kononnya hanya bertujuan menghentikan terus serangan roket pejuang Palestin ke atas bandar-bandar Israel, Inilah adalah pembohongan kerana HAMAS menyatakan kesediaan untuk meneruskan genjatan senjata sekiranya Israel membuka laluan sempadannya dan membenarkan bantuan kemanusiaan. Namun, Israel enggan menerima syarat tersebut. Ternyata bahawa tindakan Israel ini berikutan kebimbangannya terhadap kekuatan dan populariti HAMAS yang terus berkembang setelah pelbagai usaha kejam lagi jelek yang diambil Israel untuk menggulingkan HAMAS. Di samping itu, Israel juga dilihat ingin mengalihkan pandangan dunia dari isu Masjid Al-Aqsa yang ingin ditawan Zionis. Bahkan, sebuah pusat kajian antarabangsa milik AS untuk program timur tengah melihat tindakan Israel ini sebagai usaha melemahkan kerajaan HAMAS dan menaikkan Mahmoud Abbas yang semakin kehilangan popularity di kalangan rakyat Palestin sendiri.

Namun, masyarakat antarabangsa yang sentiasa mengikuti perkembangan isu Palestin sudah masak dengan alasan-alasan Israel dan sekutu-sekutunya. Kekerasan serta keganasan melampau semestinya tidak mungkin diterima manusia berakal dan berperikemanusiaan. Tidak masuk akal sama sekali untuk menggunakan kekuatan sophisticated dengan melampau ke atas pejuang nasional yang hanya bersenjatakan roket primitif dan batu. Bahkan sekatan ekonomi yang dipelopori Israel sehingga ke tahap menafikan kemanusiaan penduduk Gaza jelas menampakkan sifat kebinatangan negara pengganas ini yang mengabaikan sifat-sifat asasi manusia. Ini semua hanyalah kesempatan yang diambil oleh Israel di atas kelemahan persenjataan rakyat Palestin serta kelemahan kesatuan umat Islam seluruh dunia.

Thursday, January 29, 2009

Berkunjung Ke Brunei Darulsalam


Setelah lebih seminggu merancanakan program hendak ke Negara Brunei Darul Sallam, maka pada 24 Januari 2009 aku berkesempatan lagi berkunjung ke Brunei bersama-sama Kerol, Along, Nurul, Haizul dan Aza yang kebetulan datang ke Miri sehari sebelumnya. Jam 0650 pagi aku sudah berada di rumah nurul yang menjadi lokasi perjumpaan kami sebelum bertolak ke Brunei dengan menaiki 2 buah kenderaan. Setelah hampir 40 minit memandu dari Bandaraya Miri kami tiba disempadan Malaysia/Brunei di Sungai Tujuh. Setelah selesai berurusan dengan imigrisen dan Kastam negara jiran terbabit kami meneruskan perjalanan ke Bandar Seri Bagawan yang mengambil masa 2 jam perjalanan dengan berkereta. Sepanjang perjalanan mata disajikan dengan keindahan alam yang masih menghijau di kiri dan kanan jalan.



Tempat pertama yang menjadi persingahan kami ialah The Empire Hotel & Country yang bertaraf 7 bintang. Hotel ini memiliki keindahan yang tersendiri, di mana hiasan dalaman yang dihiasi oleh makmar serta berwarna keemasan yang menaikan seri dalaman hotel ini disamping rekabentuk hotel yang unik serta belatar belakangkan Laut China Selatan yang membiru. Setelah hampir sejam di sini. Kami bergerak ke YMRM yang menjadi lokasi perjumpaan kami dengan Shila (tunangan Haizul) yang terletak di Gadong. Tika kami tiba di YMRM jam di tangan telah menunjukan hampir ke jam 1100. Kami berenam sempat berlegar-legar dalam YMRM yang membuat jualan promosi.



Kami mula meninggalkan YMRM dan menuju ke Maktab Jururawat Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah untuk menjemput sepupu Shila iaitu Sharifah. Kami bersama-sama makan tengahari di Aminah Cafe yang telah di tempah oleh Shila sebelum itu. Aku dipekenalkan dengan Abuyat sejenis makanan yang di perbuat daripada tepung sagu dan beraneka lauk campur serta sambal. Tidak lama kemudian, muncul kelibat epin yang turut serta bersama-sama kami menjamu selera.


Setelah perut disi dengan pelbagai makanan yang enak. Kami ke Peranginan Tasek Lama yang terletak tidak jauh dari BSB. Kerja baik pulih sedang giat dijalankan akibat banjir yang melanda seminggu sebelum kunjungan ini. Peranginan Tasek Lama merupakan salah satu tempat rekerasi bagi warga BSB di hujung minggu untuk beriadah seisi keluarga yang mana memiliki air terjun yang cantik serta lanskap yang menghijau disamping kemudahan-kemudahan asas yang banyak disediakan di sini untuk para pengunjung. Kami meneruskan perjalankan ke kampung Air yang menjadi lokasi yang wajib dikunjung sekiranya membuat melawat ke Negara Brunei. Kampung Air ialah sebuah perkampungan atas air yang mengadap Bandar Seri Bagawan. Disini dapat disaksikan pelbagai bot penambang yang menjadi nadi perhubungan utama bagi penduduk Kampung Air dengan BSB. Kami sempat berkunjung ke Kompleks Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah yang terletak berhampiran dengan Kampung Air dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien III.



Kami meneruskan perjalanan ke Hua Ho Mall di Manggis untuk membeli buah tangan serta makanan ringan untuk dibawa pulang ke Miri. Setelah itu, kami berkunjung ke rumah Shila di Lambak untuk menikmati minum petang serta diperkenalkan kepada ahli keluarga Shila. Sebelum berangkat pulang kami diberikan ole-ole dari Brunei oleh Family shila. Terima Kasih kepada Shila, Sharifah, Epin dan keluarga Shila yang melayan kami dengan begitu mesra dan baik sekali tika lawatan kami ke sana.

Wednesday, January 28, 2009

Keindahan Alam Ciptaan Tuhan





Wednesday, January 21, 2009

TUSAN & JAMBU BEACH


Alhamdulilah, setelah hampir 2 minggu niat hati hendak mengunjungi Tusan yang terhalang disebakan oleh cuaca di Miri yang tidak mengizinkan kami untuk ke sana. Maka pada 17 Januari 2009 yang lalu, aku bersama-sama kerol, along dan nurul berkesempatan ke Tusan yang memiliki pemandangan yang cantik serta menghadap Laut China Selatan yang membiru. Seperti yang telah dijanjikan, kami berempat berjumpa di rumah kerol sebelum bergerak ke Tusan dengan menaiki sebuah kereta sahaja memandangkan hanya aku yang mengetahui lokasi tersebut. Sepanjang perjalanan banyak perkara yang sempat dibualkan bersama-sama. Salah satu isu yang dibincangkan adalah "kitak orang c rasa pelik kah, orang luar yang embak kmk org berjalanan tok? maka kmk orang orang local ctok.......c taok tempatnya" soalan tersebut ditanyakan oleh nurul kepada kerol yang membuatkan kami berempat gelihati serta dapat menghilangkan rasa bosan di sepanjang perjalanan ke Tusan. Tika kami sampai ke Tusan dalam lingkungan pukul 4 petang, bayu laut telah menyambut kedatangan kami dengan bertiup dengan agak kencang memandangkan kami berada di tebing yang tinggi serta mengadap dengan laut.

Di dalam minda terdetik perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata mengenai keindahan Tusan ini. Perasaan gayat mula terasa bercampur baur dengan kegembiraan didalam hati kerana dapat membawa kawan-kawan yang selama ini tidak mengetahui kewujudan tempat yang bernama Tusan dengan keindahanya yang tersendiri. Setelah hampir 30 minit di Tusan, kami berempat bergerak ke Pantai Bungai yang terletak hampir 35 Kilometer daripada Bandaraya Miri dan mengambil masa 15 mint perjalanan dari Tusan. Sebenarnya kunjungan ke Pantai Bungai tidak ada dalam perancangan kami pada petang tersebut. Memandangkan Bungai hanya terletak 15 minit perjalanan dengan berkereta menyusuri jalan pesisir pantai Miri-Bintulu dari Tusan . Maka pantai Bungai menjadi lokasi kedua kami yang sempat dikunjungi pada petang tersebut.





Sebelum kami ke Pantai Bungai, aku telah membawa pelancong-pelancong tempatan ini mengunjungi Pantai Jambu Bungai yang menempatkan perkampungan nelayan serta memiliki keindahan pantai yang tersendiri. Pada masa ini pantai Jambu dalam proses dinaik tarafkan untuk dijadikan tempat daya tarikan pelancong untuk masa hadapan. Kemudahan-kemudahan asas untuk para pengunjung dalam proses pembinaan seperti pondok rehat, tandas awam, surau dan kerja-kerja penanam pokok berhampiran pantai untuk menghijaukan kawasan ini.



Hampir 30 minit kami disini, kami bergerak ke Pantai Bungai hanya 10 minit sahaja dari Pantai Jambu dengan menyusuri jalan di dalam perkampungan orang-orang kadayan ini. Pada waktu kami sampai di Bungai, kelibat para peniaga-peniaga yang terdiri daripada penduduk kampug itu sendiri amat mencuit hati kami. "adik gula batu ada, air nyior ada,beli la satu" dalam loghat orang kadayan. Perkataan ini agak unik bagi aku yang menjadi perantau di tempat orang memandangkan loghat orang kadayan amat jarang aku dengar sekiranya berada di Miri. Perkataan-perkataan yang disebutkan membuatkan aku kurang faham dengan apa yang perkatakan oleh mereka tika aku membeli air untuk mengilangkan dahaga pada petang tersebut.



Kami berempat tidak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan di sepanjang pantai yang memutih serta diiringi oleh tiupan angin yang agak kencang pada petang tersebut. Kerol dan Along tidak melepaskan peluang merakamkan keindahan alam pemberian Tuhan yang Maha Kuasa dengan mencuba pelbagai sudut serta posisi untuk mendapatkan gambar-gambar yang terbaik. Terima kasih kepada Kerol kerana memberikan gambar-gambar dalam kunjungan ke Pantai Bungai dan Tusan ini memandangkan bateri camera aku yang kehabisan......






Wednesday, January 7, 2009

SEPETANG DI MARRIOT RESORT & SPA@MIRI

Setelah seharian di pejabat melakukan kerja-kerja banyak tertanguh dari hujung tahun lepas pada hari minggu yang lepas, aku menerima msg dari luaqdomeszplaned yang mencadangkan pergi ke Marriot Resort & Spa untuk bersantai. Terompah Biru dan nurul turut dipelawa untuk meriahkan suasana petang itu. Seperti masa yang dijanjikan kami berempat bertemu disana.



Suasana hotel pada petang itu agak sunyi, ini mungkin kerana keesokkan harinya adalah hari pertama perbukaan sekolah kembali bagi tahun 2009 setelah cuti penggal. Hanya kelihatan kelibat beberapa pasang keluarga bersama anak-anak mereka yang menikmati panorama matahari terbenam di ufuk barat berlatang belakangkan formasi-formasi awan yang terbentuk di kaki langit.


Kami berempat terus ke bahagian garisan pantai disebelah belakang resort untuk merakamkan keindahan matahari terbenam serta menikmati view marina bay dari Marriot Resort & Spa. Marina Bay yang kelihatan seolah-olah seperti sebuah pulau dengan alunan ombak yang agak bergelora menghempas pada batuan yang terdapat pada petang itu.

Ini sedikit gambar yang sempat dirakamkan pada petang itu.............



Friday, January 2, 2009

NEW YEAR 2009@MIRI


Tahun 2009 akan menjelang tiba lagi 4 jam tika aku sampai di Madli Satay Corner untuk berjumpa dengan Along dan Nozhul yang telah menunggu aku disana. Di Madli Satay Corner pada malam menjelang tahun baru sebegitu ramai orang-orang Brunei kelihatan. Maklumlah cuti panjang kebetulan cuti tahun baru jatuh pada hari Khamis bersambungan dengan hari Jumaat yang menjadi cuti kelepasan am bagi kakitangan kerajaan di Negara Brunei DarulSalam. Setelah hampir 2 jam disana, baru kelihatan kelibat Khairol yang datang lewat sedikit kerana ada urusan lain sebelum itu. Pada 1130 malam kami berempat bergerak ke Bukit Telaga Minyak (Canada Hill) untuk menikmati pemandangan waktu malam bandaraya Miri serta melihat keindahan percikan cahaya bunga api (firework) sempena sambutan tahun baru 2009.

Bunga api yang berjaya dirakamkan


Dari kiri: Khairol dan Along yang tekun mencari sudut yang terbaik


Dari kiri : Along, Khairol, Me dan Nozhul



Setibanya di puncak bukit, aku rasa macam tak percaya dengan kehadiran pengunjung yang sebegitu ramai di atas bukit telaga minyak tersebut. Haizul sudah sedia menunggu kami disana bersama-sama sepupunya. Setelah mencari lokasi yang sesuai along dan khairul cepat-cepat memasang tripod masing-masing takut tak sempat ambil gambar bunga api. Ketika detik 12 malam, bandaraya Miri diserikan dengan keindahan cahaya bunga api yang menerangi keseluruh pelusuk bandaraya ini. Tidak lama kemudian Rush, Zoul, Wan, Nuriz dan Malim pun tiba tika percikan bunga api berlangsung. Sesi terakhir pada malam itu adalah bergambar beramai-ramai sebagai kenangan bersama. Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua........


Bergambar sebagai Kenangan bersama diambang Tahun Baru 2009

Wednesday, December 31, 2008

TAMAN AWAM MIRI


Taman Awam Miri terletak tiga kilometer daripada pusat bandaraya Miri. Memiliki daya tarikan yang tersendiri yang membolehkannya menjadi tempat yang dilawati oleh para pelancong yang datang ke Miri. Taman ini mempunyai konsep yang berbeza kerana berada di lereng bukit yang masih menghijau. Diantara daya tarikan yang terdapat di taman ini ialah taman permainan kanak-kanak, jambatan gantung, taman flora, menara peninjau, air terjun, bilik pameran, keindahan batuan dengan rekabentuk semulajadi dan trek berjoging serta beberapa kemudahan sukan yang lain terdapat disini.





Aku bersama beberapa blogger diantaranya Terompah Biru, Luaq Dome Ezplaned, Zackzara dan Rhymee Writes berkunjung ke sana pada 29 Disember yang lepas. Ini adalah diantara beberapa keping gambar yang berjaya dirakam pada hari tersebut.









Tuesday, December 30, 2008

HARI PERTUNANGAN......

Setelah dua bulan merancangkan majlis pertunangan kami. Maka tanggal 14 Disember 2008, adalah tarikh penting buat hidup ku. 14 Disember adalah tarikh pertunangan aku dengan Azasahela yang berlangsung di Sungai Burung, Tanjong Karang Selangor. Walaupun telah dirancangkan dua bulan sebelum majlis berlangsung tetap juga masalah yang timbul pada saat-saat akhir. Kita selaku umat nya tidak dapat elak daripada dugaan yang datang selaku umat Nya yang Maha Esa. Hotel yang telah kami buat tempahan sebelum datang untuk rombongan kami di Kuala Selangor tidak menyediakan bilik yang cukup seperti yang telah di tempah sebelum ini. Kami telah membuat tempahan sebanyak 7 buah bilik tetapi hanya 5 buah sahaja yang di sediakan oleh rombongan kami. Tika itu, pihak pengurusan hotel telah membuat semakan booking kembali ternyata, kami telah membuat 7 tempahan bilik. Setelah satu jam menunggu, baru kami bersama rakan-rakan yang lain dapat masuk ke bilik untuk menghilangkan penat. Syukur kepada yang ESA, segala masalah dapat atasi. Majlis pertunangan kami berlangsung pada keesokkan harinya.
Majlis berlangsung meriah dengan adat-adat melayu bercampur dengan budaya Banjar. Ini adalah kerana pihak sebelah perompuan berdarah campuran Jawa dan Banjar. Tetapi budaya Banjar telah dipilih oleh nenak sebelah pihak perompuan selaku orang tua dalam keluarga tersebut. Kebanyakan ahli rombangan bagi pihak kami agak berasa kekok dengan budaya tersebut. Ini adalah kerana budaya yang kerap kali yang diperaktikan di utara tanahair ada sedikit berbeza dengan majlis pertunangan kali ini terutamanya menu masakan serta warna-warna kuih-miuh yang telah di sajikan.


Rombongan sebelah kami telah tiba di rumah yang separuh kayu yang terletak di tengah-tengah sawah padi yang seakan-akan sebuah pulau yang menghijau di kiri dan kanan nya. Setelah dipekenalkan oleh Pak Hassim (ayah kepada sahabat kami iaitu rizal) kepada pihak perompuan selaku wakil rombangan bagi pihak kami berserta tujuan datang ke mari dari juah. Maka wang hantaran sebanyak enam ribu telah di persetujui oleh pihak kami berserta satu persalinan. Sebagai tanda pertunangan, sebentuk cincin yang bertatahkan batu permata putih telah disarungkan oleh ibu kepada bakal isteri kami. Kami turut menyarungkan sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda merisik atas kehendak keluarga pihak perompuan......kami merasakan agak jangal kerana kebiasaan nya hanya ibu sebelah lelaki sahaja yang akan menyarungkan cincin, ini telah membuatkan perasaan bertambah gementar bercampur gaul dengan perasaan takut tiba-tiba je ku rasakan pada saat itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan kami tika itu. Tambahan pula usikan serta gurauan oleh rakan-rakan yang turut menyertai rombongan kami.

Setelah itu, sesi bergambar pun bermula untuk kenang-kenangan disertai oleh pihak keluarga kedua-dua pihak. Tepat jam 4 petang rombangan peminangan kami pun mulai meninggalkan rumah di tengah-tengah sawah tersebut untuk perjalanan pulang ke Pulau Pinang. Alhamdulilah jam 10 malam rombongan kami selamat tiba.

KEINDAHAN ALAM@CANADA HILL


Setelah seharian melepak di rumah pada hari minggu yang lepas, aku menerima ajakan daripada along dan nuzhol untuk ke Bukit Telaga Minyak@Canada Hill yang menempatkan Grand Old Lady serta Muzium Petronas puncak bukit tersebut pada ketinggian 30 meter daripada paras laut. Grand Old Lady merupakan salah satu tempat yang menjadi daya tarikan pelancong bagi bandaraya Miri. Grand Old Lady merupakan telaga minyak yang pertama dibangunkan oleh syarikat Shell di Sarawak pada tahun 1910.



Grand Old Lady telah memainkan peranan yang penting untuk kemajuan serta pembangunan Miri dari sebuah perkampungan nelayan pada era tahun 1900 telah berjaya menukarkan Miri menjadi kepada salah satu bandar yang besar pada masa kini. Miri juga turut digenali sebagai bandar minyak di Sarawak mahupun seluruh Malaysia. Setelah 62 tahun berkhidmat kepada kemajuan Bandaraya Miri Grand Old Lady telah dibehentikan operasi pada tahun 1972 kerana kehabisan minyak pada telaga tersebut. Sepanjang beroperasi Grand Old Lady telah berjaya mengeluarkan sebanyak 658,650 barrels. Kini Grand Old Lady menjadi monumen sejarah yang penting dalam industri minyak di Malaysia. Ia juga menjadi simbol bagi bandaraya miri.




Dari atas Bukit Telaga Minyak ini kita dapat menyaksikan pemandangan keseluruhan Bandaraya Miri yang mengadap Laut China Selatan serta kehijauan yang bandar ini. Sekiranya cuaca baik kita dapat melihat pelantar-pelantar minyak yang berada tengah dilautan yang membiru yang bertentangan dengan bukit ini. Ini adalah diantara beberapa keping gambar yang berjaya dirakam pada hari tersebut.





Monday, November 24, 2008

HARI RAYA AIDIL ADHA@MIRI

Pada 08 Disember 2008, semua umat islam di seluruh Malaysia akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Adha secara sedarhana serta mengadakan ibadah korban. Pada Tahun nie, aku seperti tahun-tahun yang lepas juga, akan menyambut kedatangan Hara Raya Aidil Adha di Miri bersama sahabat handai yang lain. Aku menunaikan solat sunat hari raya di Masjid Al-Taqwa yang terletak didalam bandaraya Miri. Ketika sampai disana ruang solat utama telah dipenuhi dengan kehadiran jemaah dari sekitar Miri.
Setelah selesai menunaikan solat sunat aku telah membuat kunjungan ke beberapa buah rumah, diantaranya rumah Tuan Haji Morsidi Moktar dan rumah Aidil Firdaus Idham Ghazali pada sebelah pagi. Manakala pada sebelah petang aku bersama-sama sahabat yang lain mengunjungi rumah Nuzhol. Seperti yang dijanjikan kami berkumpul di hadapan Sekolah Anchi memandangkan rumah nuzhol tidak jauh dari sekolah tersebut. Ini serba sedikit gambar-gambar yang sempat dirakam pada kunjungan ke rumah-rumah tersebut sebagai kenangan.

KEDAMAIAN ALAM DIHUJUNG MINGGU

Pada petang 23 Nov 2008 yang lalu ku menerima ajakan dari khairul untuk ke luak esplande bersama-sama Haizul......Ini adalah beberapa keping gambar yang diambil petang semalam setelah pelbagai sudut dan cara untuk ambil gambar-gambar nie...........hingga matahari melabuhkan tirai haizul yang tidak muncul-muncul setelah berjanji untuk bersama-sama kami pada petang itu.........




Saturday, November 22, 2008

KUALA NYALAU BEACH RESORT


Pada 8 Nov yang lalu, Saya berkesempatan mengunjungi perkampungan Kuala Nyalau yang terletak di pertengahan perjalanan diantara Bandar Miri dengan Bandar Bintulu sekiranya mengunakan lebuhraya pesisir pantai. Perkampungan ini terlatak dalam bahagian Bintulu dan diketegorikan dalam kawasan luar bandar. Majoriti penduduk kampung Kuala Nyalau adalah dari kaum kadayan yang beragama islam. Salah satu kelompok kaum daripada posisi masyarakat bumiputera di negeri Sarawak. Rata-rata penduduk disini adalah pertani, mencari hasil hutan dan sebilanganya adalah nelayan pesisir pantai.
Saya menghadiri majlis kampung angkat anjuran BDA (Bintulu Development Autority) yang memilih perkampungan ini untuk program kampung angkat pada kali ini. Terima Kasih kepada BDA yang menjemput kami untuk bersama-sama untuk menjaya program kampung angkat pada tahun ini. Perkampungan Kuala Nyalau terletak 120 Km daripada bandar Miri. Manakala dari bandar Bintulu pula sejauh 75 km untuk sampai ke kampung ini. Kampung ini terletak lebih kurang 10 km daripada persimpangan jalan pesisir pantai Miri-Bintulu.

Yang menarik perhatian saya di kampung ini adalah pokok Tongkat Ali @ Pasak Bumi. Sebelum ini pokok tongkat ali sememangnya agak sukar untuk dijumpai kerana hidup didalam kawasan hutan tropika sahaja. Tetapi di kampung ini, pokok tongkat ali @ pasak bumi ini ditanam di sepanjang kiri kanan jalan masuk ke kampung. Kami difahamkan pokok tersebut ditanam untuk dijadikan pendapatan sampingan kepada para penduduk kampung yang menanamnya.

Terdapat sebuah resort yang dimiliki oleh salah seorang penduduk untuk menjadikan perkampungan ini sebagai tarikan kepada pelancong dari luar atau dalam negara. Ini adalah disebabkan perkampungan ini terletak berhampiran laut serta mengadap Laut China Selatan dengan pasir yang memutih disepanjang pantai kampung ini. Terdapat juga bekalan elektrik yang disediakan serta dibiayai oleh persatuan penduduk-penduduk kampung sendiri dengan mengunakan janakuasa elektrik yang mana mengunakan diesel untuk menerangi rumah-rumah penduduk di waktu malam. Dengan bayaran serendah RM10 sebulan untuk sebuah rumah, penduduk disini dapat memiliki kemudahan ini. Bayaran tersebut adalah untuk membeli bahan bakar diesel tersebut.
Kemudahan yang terdapat pada resort ini adalah adalah seperti hall, diving hall dan banyak lagi. Resort terbabit menjadi tempat penginapan aku selama 2 hari satu malam tika berada disini. Banyak aktiviti-aktiviti sukan pantai yang dapat dilakukan disini selain keindahan air terjun nyalau yang terletak 25 minit berjalan kaki dari perkampungan ini. Banyak aktiviti yang dianjurkan oleh penduduk kampung seperti sukan Rakyat, Pertandingan Memancing, Aktiviti membersihkan pantai serta Program menanam pokok kelapa disepanjang pantai kampung ini. Diakhir program ini, BDA menyerahkan bantuan keperluan asas kepada penduduk yang terpilih serta menyerah dana bantuan dalam bentuk wang untuk bekalan elektrik di kampung terbabit.

Sunday, November 9, 2008

HARI JADI DAN KEINDAHAN ALAM......



Pada hari ahad (09 Nov 2008) merupakan ulang tahun kelahiran aku yang ke 27. Ini bermakna bertambah lagi usia aku dari setahun ke setahun untuk menempuh segala cabaran serta dugaan yang datang sebagai umatnya. Dengan dugaan serta rintangan yang datang dan telah membuatkan aku lebih kuat meneruskan kehidupan di dunia ini. Aku bersyukur kepada mu wahai yang ESA........ Tuhan ku.


Ini adalah sambungan daripada aktiviti mengejar sunset yang berjalan minggu sebelum nya. Pada minggu nie, Along tidak dapat hadir disebabkan ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan. Hanya Aku , Zara & Luaq Dome Ezplanade sahaja dapat hadir pada kali ini. Ku tiba di sana pada jam 5.oo petang sehingga matahari melabuhkan tirai......


Terima Kasih kepada Luaq dome yang telah mengajar aku cara mengambil gambar dengan posisi yang cantik serta teknik-teknik yang betul untuk mengambil gambar.


Setelah itu, kami ke rides cafe yang terletak di kampung Pulau Melayu untuk menikmati makan malam bersama-sama sehingga jam 8.00 malam dan kami pun bersurai kerana keesokkan hari hendak memenuhi komitmen kepada tugas masing-masing ....

Tuesday, November 4, 2008

Mengejar Sunset

Aktiviti mengejar sunset kali ini bertempat di pantai Lutong berdekatan dengan Lutong Airstrip yang mengadap Laut China Selatan. Memandangkan lokasi yang tidak seberapa jauh dari rumahku. Aku memenuhi jemputan dari Terompah Biru dan Zara yang telah seminggu merancangkan program ini. Kecantikan panorama matahari terbenam serta laut yang membiru dapat diabadikan pada petang Ahad(02 Nov 2008) yang lalu.

Pantai Lutong juga menjadi salah satu tempat perkelahan untuk penduduk bandaraya Miri serta beriadah. Ini adalah disebabkan lokasinya hanya 3 kilometer sahaja dari pusat bandar serta berhampiran dengan piasau camp. Setelah sampai di sana ramai juga pengunjung yang mengunjungi pantai ini. Ada yang datang bersama keluarga untuk bermandi-manda, ada pula yang datang untuk menikmati keindahan matahari terbenam di ufuk barat serta aktiviti bersantai di tepi pantai. Suasana petang itu begitu mempesonakan serta memukau kebanyakan para pengunjung kerana dengan tiupan angin bayu yang mengasyikkan serta kedengaran enjin kipas daripada aktiviti paragliding yang bertempat di situ sekali sekala ketika melimpasi kedudukan kami.

Pada petang itu juga, Zara memberitahu dia nak Fly! zara ingin mencuba aktiviti paragliding yang dipelawa oleh kawannya untuk mencuba aktiviti ini. Sambil aku dengan along meneruskan aktiviti mengejar sunset. Sempat juga aku merakamkan beberapa keping gambar zara mempelajari aktiviti paragliding dengan penuh keazaman dan kegigihan serta teknik-teknik untuk melayakkan beliau menguasai awan yang biru.........Good Luck zara.


Monday, October 27, 2008

Part III - Sambutan Aidil Fitri di Teratak Rush.

Openhouse Aidilftri.....Sambutan hari raya kali ini bertempat di teratak Rush & Wan pada 25 Oktober 2008(Sabtu) yang diadakan disebelah malam. Terima kasih kepada Rush & Wan yang sudi menjemput kami dari sebilangan tetamu yang hadir pada malam tersebut. Hujan yang turun pada waktu itu tidak menganggu kemeriahan majlis jamuan ini yang berkonsepkan garden party serta santai. Lebih-lebih lagi bertemakan putih yang membuatkan majlis ini bertambah berseri.

Setelah tiba di rumah Rush pada jam 7.00 malam kelihatan kelibat khairul, Haizul, aned serta Suhaili sudah berada di rumah Rush pada waktu itu. Mereka datang lebih awal kerana membantu Rush & Wan menyediakan hidangan pada majlis sebelah malamnya. Pada saat ini, baru ku sedar hanya aku yang tidak menepati konsep serta tema majlis pada malam tersebut. Ini adalah kerana tidak dimaklumkan oleh Rush ketika menjemput aku. Mungkin Rush terlupa untuk memberi tahu mengenai hal tersebut kerana coverage network di kawasan rumah aku tinggal kurang memuaskan(asyik putus-putus je time berbual dengan Rush). Ini membuatkan aku memang berbeza daripada tetamu-tetamu yang lain. Ini tidak melunturkan semangat aku untuk memenuhi undangan ke majlis ini serta berjumpa dengan rakan-rakan yang lain. Ramai juga tetamu yang hadir pada majlis ini walaupun hari hujan renyai-renyai sebelum majlis bermula.

Menu yang dihidangkan adalah dimasak sendiri oleh tuan rumah, semua sudah makluman di kalangan rakan-rakan sekiranya Rush masak pasti sedap dan membuatkan para tetamu yang makan pasti terkagum dengan masakanya yang enak serta lazat. Banyak hidangan yang disediakan diantaranya Mee Rebus Johor dan Nasi Jagung yang dihidang bersama ayam panggang serta salad. Kek Lapis Sarawak turut terhidang yang dibawa oleh aned dari kuching yang datang ke Miri sehari sebelum majlis ini. Bermacam-macam jenis biskut raya yang menarik serta berwarna warni turut dihidangkan bersama-sama kek lapis sarawak yang dibawa oleh Rush dari JB.

Majlis jamuan raya ini turut diserikan dengan nyanyian yang telah memdendangkan lagu solo oleh antz dan wan serta beberapa buah lagu duet diantara mereka berdua. Ini adalah kerana tuan rumah turut menyediakan set karaoke membuatkan lagi majlis ini bertambah meriah walaupun suasana pada malam tersebut agak dingin.


Setelah jam 1.oo pagi ku meminta diri untuk pulang kerana tidak rasa detik-detik waktu berlalu dengan begitu pantas sekali pada malam ini kerana kemeriahan majlis ini.

Monday, October 13, 2008

Part II - Sambutan Aidilfitri di Miri

Walaupun sudah memasuki minggu ke2 dalam bulan syawal ini, jemputan untuk menghadiri serta mengunjungi rumah terbuka sempena hari raya masih meriah dirasai. Pada 11 syawal yang lepas, terima kasih kepada suhaili kerana sudi menjemput kami ke rumah terbuka beliau terletak di pujut 7. Semasa ku sampai di rumah suhaili, sahabat-sahabat yang lain sudah berada disana kerana ku tiba agak lewat berbanding yang lain kerana ada urusan lain sebelumnya. Biasa lah kalu dah berkumpul beramai-ramai nie. Banyaklah cerita yang dibualkan serta gurauan mesra yang mengeratkan lagi uhkuwah sesama kami.


Dari kiri di atas sofa : Rhymee Writes, Teratak Ku, Tepak Sireh, Chronicle, Luaq Dome Esplanade dan Haizul.

Dari kiri di atas sofa : Amalia, Nurul, Anne, Along, Laili, ZackZara dan Aishah.

Gambar ini yang dapat mengambarkan suasana kemeriahan rumah terbuka Aidil Fitri khairul serta keluarga yang sempat di ambil oleh kawan-kawan semua. Terima kasih juga kepada khairul yang telah mengadakan jamuan rumah terbuka sehari sebelumnya di luak. Hidangan yang disediakan amat membuka selera kerana menu yang disediakan adalah dimasak sendiri oleh mak Khairul. Ini menambah selera kami untuk merasai masakan yang terhidang. Setelah lebih kurang satu setengah di rumah khairul kami beransur-ansur pulang kerana masing-masing ada urusan lain.


Monday, October 6, 2008

Beraya di teratak Zulkifli Ahmad

hafis,khairul naim, zulkifli, mohd zakie, me, along and dee.

Pada 5 Syawal 1429H/2008M, Ku ditemani oleh Hafiz yang sudah lapan tahun tidak berjumpa sebelum ini yang kini berkhidmat di TUDM Subang, Selangor. Pada pagi 4 syawal ku menerima jemputan ke rumah terbuka Zul yang kini tinggal di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Seperti tidak menduga oleh minda kerana jemputan tersebut datang dari kawan lama yang sudah lapan tahun tidak bertemu sebelum ini semenjak habis belajar dahulu.


suasana di rumah zul.

Bermain-main difikiran ku, sekiranya ku memenuhi jemputan ke majlis tersebut mungkin ramai kenalan-kenalan lama akan ku temui. Setelah sampai di teratak zul lebih kurang jam 2 petang, seperti tidak diduga ramai lebih kurang 10 orang kenalan-kenalan lama sudah berada di sana. Ada yang datang bersama keluarga, ada pulak yang datang berkumpulan. Maka riuh rendah la suasana dirumah zul disebabkan oleh banyak cerita yang hendak dibualkan serta dikongsi bersama-sama setelah lapan tahun tidak berjumpa.

me,den n zul

Ku terpaksa pulang awal dan meninggalkan mereka setelah bertukar-tukar contact number kerana ada lagi rumah saudara yang hendak dikunjungi pada sebelah petang. Dan sebelah malam hendak ke Batu Maung untuk menziarahi saudara mara sebelah ayah pula yang sudah 2 tahun tidak bertemu.

ded, akie n zul wife


**semasa sessi bergambar ramai yang berada diluar.

**belajar di PERDA Tech college

Eid Mubarak 1429H/2008M

Ku dikejutkan oleh ibu tercinta di pagi 1 syawal 1429 Hijrah oleh kerana sebelah malam sebelumnya ku dan adik-beradik yang lain sibuk mengiaskan ruang tamu rumah serta membersihkan halaman rumah. Setelah pulang dari solat sunat Aidil Fitri semua ahli keluarga berkumpul untuk menjamu selera. Manakala kak long dan abang long masih sibuk mengenakan pakaian baru untuk anak-anaknya di pagi raya kerana baru sampai ke rumah ibu di pagi raya dari alor setar disebabkan komitmen kepada tugas di sebelah malam raya.


kak rose dan abang die serta anak-anaknya amirah najwa serta aimani najwa

Ketupat, rendang daging, ayam masak merah, sambal kerang, lontong serta dodol semuanya sudah terhidang di atas meja. Semuanya dimasak sendiri oleh ibu setiap kali tibanya kedatangan bulan syawal. Pada raya tahun ini abang lang dan sekeluarga beraya di kelantan di rumah mak mentuanya. Raya tahun nie lebih ceria kerana pertambahan bilangan ahli keluarga serta kehadiran orang baru dengan kehadiran anak saudara yang ke-14 iaitu Aimani Najwa yang berusia 7 bulan anak kepada abang ke-2 ku. Buat pertama kalinya pada tahun ini adikku yang bongsu tidak dapat menyambut kehadiran syawal bersama-sama keluarga besar ini kerana beraya di negeri indera kayangan bersama isterinya setelah mendirikan rumah tangga pada bulan ogos yang lalu. Setelah merasai ketupat rendang acara bermaaf-maafan bermula dengan suasana sedih dan hiba. Ada air mata jatuh dan berlinangan serta ciuman serta kucupan hinggap di tangan, pipi dan dahi.

Ayah serta Ibu tercinta


Sesudah itu, ku sekeluarga pergi menziarahi pusara tok wan dan nek wan yang terletak 4 kilometer dari rumah secara berkonvoi. Pusara tok wan dan nek wan terletak bersebelahan dengan ayah serta ibu saudara ku yang lain.

kak aya serta anak-anak nya aiman haziq dan aiylia assiykin

Pulang dari menziarahi pusara, kami sekeluarga mengunjungi rumah maksu (rumah adik ibu) serta rumah pak andak (rumah adik ayah) yang terletak tidak jauh dari tanah perkuburan Islam Tasek Gelugor, Pulau Pinang. tidak banyak rumah dapat ku kunjungi pada hari raya pertama kerana menanti kunjungan sanak saudara serta rakan-rakan ke rumah. Hanya 4 buah rumah sahaja dapat di kunjungi pada hari raya pertama.

abang long dan ibu tercinta

Wednesday, September 24, 2008

Balik Kampung

Sebaik melangkah masuk ke office pagi nie, suasana yang amat berbeza berbanding hari-hari sebelum nie. Kedengaran lagu-lagu hari raya yang dimainkan oleh kak Ipah. Terlintas di fikiran sejenak bahawa sudah masuk hari ke 24 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun 1429H/2008M. Ada di kalangan rakan sekerja ku yang sudah bercuti untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sebelum masuk tidur semalam. Ku dapat messagge dari seseorang yang berada semenanjung yang sudah lama tidak berjumpa. Menanyakan bila ku pulang ke kampung untuk menyambut hari raya aidil fitri. Perhubungan persahabatan terjalin semenjak di sekolah rendah sehinggalah sekarang. Tetapi razif tinggal di Terangganu sekarang dan mengajar di sana.

Setelah berbual dengan Razif , baru ku teingatkan pesanan dari kak long yang mengidam nak makan kek lapis sarawak yang popular di musim-musin perayaan ini. Pertengahan bulan Ogos yang lalu, sudah ku tempahan kek lapis dengan rakan sekerja. Memandangkan tinggal lagi sehari sebelum pulang ke kampung baru ku teringat, kek lapis yang di tempah belum di ambil lagi. Terpaksa ku mengambil kek di sebelah malam dan sesudah itu baru dapat packing barang-barang yang hendak di bawa ke kampung.


Di fikiran ku terlintas ingin membawa ibu serta adik-adik yang lain berbuka puasa di luar setelah ku berada di sana. Memandangkan ku jarang pulang ke kampung dan mangambil kesempatan di hari-hari terakhir yang ada di dalam bulan ramadhan nie. Medan selera Teluk Tempoyak dan Restoran Ikan Bawal bermain di minda. Tempat makan tu sudah menjadi tempat kegemaran ibu dengan lauk pauk yang beraneka rasa serta menepati para pelanggan. Menu utama yang menjadi kegemaran aku semestinya kari kepala ikan bawal yang fuh!!!!!........best.......

Tuesday, September 23, 2008

Gath di teratak Rush Murad



Alahamdulilah, setelah beberapa tahun di Miri. Inilah kali pertama ku berbuka dengan rakan-rakan yang agak baru ku kenali tetapi masing-masing baik hati serta peramah terutamanya tuan rumah Rush dan rakan-rakan.

Ku menerima panggilan daripada kawan baik ku sham, dah lama ku tak ketemu dengan nya, beliau yang akan berpindah ke Doha selepas Aidil Fitri kerana mendapat kerja baru di sana. Sham meminta ku membantunya mengemaskan barang-barang sebelah malam setelah berbuka di rumah Rush.


Menu utama berbuka pada petang itu dimasakan sendiri oleh saudara Rush selaku tuan rumah di bantu oleh Rhmyee yang sudah berada di sana ketika ku dengan Sham tiba.


Ketika waktu berbuka hampir tiba, ramai kenalan Rush dan Sham tiba. Ku langsung tidak mengenali mereka semua sebelum nie. Ku mengambil peluang ini untuk berkenalan dengan mereka.

Ku ucapkan terima kasih kepada Rush dan kawan-kawan yang baik serta mengeratkan lagi ukhwan sesama kami seagama.......