|
Pintu masuk Muzium Perang Pulau Pinang |
Antara lokasi yang menarik untuk dilawati jika melancong ke Pulau Pinang
ialah Muzium Perang (War Museum) yang terletak di Batu Maung, atau
alamat lengkapnya Lot. 1350, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung,
11960, Pulau Pinang. Muzium merupakan kubu perang yang asalnya dibina
oleh tentera British sekitar tahun 1930an sewaktu era perang dunia
kedua, ianya dibina sebagai langkah mempertahankan Pulau Pinang daripada
serangan musuh. Kubu ini dibina dengan keluasan 20 ekar diatas Bukit
Batu Maung, projek pembinaanya dipertanggungjawabkan kepada pasukan
jurutera diraja British ( The Royal British Engineer) dengan bantuan
buruh dari kalangan rakyat tempatan serta yang dibawa dari tanah jajahan
British yang lain.
|
Grafik kawasan muzium yang seluas 20 ekar. |
Kubu ini dilengkapi dengan terowong bawah tanah serta kemudahan
ketenteraan yang lain seperti kubu peninjau, berek tentera, penjara,
kubu anti kapal terbang, meriam, pusat rawatan dan lain-lain. Sewaktu
Pendudukan Jepun sekitar tahun 1942, kubu ini telah ditawan dan
dijadikan markas dimana tawanan perang ditahan, diseksa dan dibunuh oleh
tentera Jepun. Antara peninggalan yang menarik ialah dikawasan ini
masih kekal beberapa buah perkuburan milik tentera British dan Jepun,
malah kawasan dimana tentera Jepun melaksanakan hukuman pancung turut
dipelihara.
Menurut seorang petugas, muzium ini mula dibersihkan untuk dipelihara
pada tahun 2002, iaitu pada ketika projek pembangunan di kawasan Batu
Maung mulai rancak, sebelumnya kubu lama ini terbiar dalam misteri,
malah Bukit Batu Maung itu juga dikenali sebagai 'Bukit Hantu'.
Pengurusan muzium perang ini dibawah tanggungjawab Penang War Museum
Sdn. Bhd. Para pengunjung dikenakan yuran masuk sebanyak RM20 untuk
dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak atau tiket keluarga (2 dewasa dan 2
kanak-kanak) bernilai RM55.
|
Tiket keluarga bernilai RM55 (dua dewasa dan dua kanak-kanak).
|
|
Bag Galas milik tentera British |
|
Ruang pengudaraan bagi salah satu bilik bawah tanah yang dibina |
|
Selaras senapang yang dibekalkan bagi kegunaan tentera Gurkha. |
|
Berus Gigi dan Ubat Gigi yang digunakan oleh tentera British |
|
Antara peralatan
peribadi yang dibekalkan kepada tentera, peralatan ini dipercayai
dikilangkan di Australia, ianya turut digunakan dalam perang Korea. |
|
Laluan dalam
lorong yang masih kukuh. Untuk merasai pengalaman masuk ke terowong ini,
pelawat akan dibekalkan dengan lampu picit oleh petugas dek kerana
terowong ini memang gelap dan tiada sumber pencahayaan asli. |
|
Telaga yang dibina oleh Tentera pasukan Jurutera Diraja British |
|
Tempat asal dimana salah satu senapang anti kapal terbang diletakkan |
|
kuarter bagi pegawai pangkat tinggi yang bertugas mengikut giliran. |
|
Tangga asal menuju kawasan meriam yang masih dalam keadaan asal. |
|
Dua buah peluru sebagai hiasan |
|
Salah satu
daripada 20 senapang anti Kapal Terbang yang terdapat di Kubu ini,
senapang ini mampu menembak sejauh 14,000 kaki, untuk mengelak dari
ditembak, pasukan udara Jepun terpaksa menerbangkan pesawat melebihi
sekitar 16,000 kaki di udara. |
|
Kubu peninjau dengan tapak mesin gun. |
|
Kawasan dimana tentera Jepun melaksanakan hukuman pancung!!.. |
|
Peralatan yang digunakan oleh tentera Jepun bagi menyiksa tahanan perang mereka. |
|
Bilik dimana tahanan perang diseksa oleh tentera Jepun |
|
Bilik yang menempatkan generator yang menjadi sumber tenaga letrik bagi kawasan kubu ini. |
|
Kawasan dimana
tahanan perang dipancung oleh tentera Jepun yang bernama Suzuki. Setelah
mangsa dipancung, Suzuki akan menitiskan darah yang menitik dari pedang
beliau kedalam botol wain. Menurut kepercayaan, bangsa yang darahnya
diminum tidak akan berani bangkit menentang tentera imperial Jepun. |
|
Sistem kumbahan yang digunakan di setiap kuater, siapa agaknya yang ditugaskan untuk mengosongkan tong-tong najis itu ya... |
|
Kuater pegawai British, kuater ini boleh menempatkan sehingga 11 orang pegawai. |
|
Buku-buku yang
terdapat di bilik pegawai tentera British, tidak pasti sama ada
buku-buku tersebut adalah yang asal atau sekadar hiasan. |
|
Siren kecemasan yang digunakan...tuil perlu dipusingkan untuk menghasilkan bunyi. |
|
Alat pemadam api (seperti yang ada di sekolah sekitar tahun 1980an) yang ada di Kuarters tentera British. |
|
Lokap yang digunakan untuk mengurung tahanan perang. |
|
Kuarters yang dikhaskan untuk tentera Melayu yang bertugas di Kubu ini. |
|
Salah satu bilik
di kuater askar melayu, ianya boleh menempatkan seramai 14 orang
tentera. para pengunjung diberi amaran adanya ular di kawasan berek ini. |
|
Dapur yang
terdapat di kuater tukang masak yang khusus menyediakan makanan untuk
askar melayu, antara menu yang sering disediakan ialah yang berasaskan
daging, roti, ubi kentang dan kari. |
|
Bilik tidur dikuater yang dikhaskan untuk Tukang Masak. |
|
Bangunan yang menempatkan bilik-bilik rawatan yang diasingkan mengikut kategori penyakit. |
|
Bilik yang dikhaskan untuk pegawai perisik tentera. |
|
Perabot yang terdapat didalam bilik khas untuk pegawai perisik tentera. |
|
Salah satu bilik bawah tanah yang terdapat didalam kubu ini. |
|
Salah satu
terowong yang agak moden dibina oleh tentera British, ianya mempunyai
binaan yang kukuh serta sistem pengudaraan yang baik seandainya pintu
terowong gagal dibuka. |
|
|
Melawat ke Muzium ini adalah amat disyorkan bagi pencinta sejarah,
penyelidik atau para pelancong, ianya dapat memberi sedikit sebanyak
gambaran nyata tentang warisan kehadiran tentera British dan Jepun di
Tanah Melayu ketika kancah perang dunia kedua.
No comments:
Post a Comment