Thursday, September 12, 2013

Muzium Perang Pulau Pinang.



Pintu masuk Muzium Perang Pulau Pinang
   Antara lokasi yang menarik untuk dilawati jika melancong ke Pulau Pinang ialah Muzium Perang (War Museum) yang terletak di Batu Maung, atau alamat lengkapnya Lot. 1350, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, 11960, Pulau Pinang. Muzium merupakan kubu perang yang asalnya dibina oleh tentera British sekitar tahun 1930an sewaktu era perang dunia kedua, ianya dibina sebagai langkah mempertahankan Pulau Pinang daripada serangan musuh. Kubu ini dibina dengan keluasan 20 ekar diatas Bukit Batu Maung, projek pembinaanya dipertanggungjawabkan kepada pasukan jurutera diraja British ( The Royal British Engineer) dengan bantuan buruh dari kalangan rakyat tempatan serta yang dibawa dari tanah jajahan British yang lain.
Grafik kawasan muzium yang seluas 20 ekar.

Kubu ini dilengkapi dengan terowong bawah tanah serta kemudahan ketenteraan yang lain seperti kubu peninjau, berek tentera, penjara, kubu anti kapal terbang, meriam, pusat rawatan dan lain-lain. Sewaktu Pendudukan Jepun sekitar tahun 1942, kubu ini telah ditawan dan dijadikan markas dimana tawanan perang ditahan, diseksa dan dibunuh oleh tentera Jepun. Antara peninggalan yang menarik ialah dikawasan ini masih kekal beberapa buah perkuburan milik tentera British dan Jepun, malah kawasan dimana tentera Jepun melaksanakan hukuman pancung turut dipelihara.
Menurut seorang petugas, muzium ini mula dibersihkan untuk dipelihara pada tahun 2002, iaitu pada ketika projek pembangunan di kawasan Batu Maung mulai rancak, sebelumnya kubu lama ini terbiar dalam misteri, malah Bukit Batu Maung itu juga dikenali sebagai 'Bukit Hantu'. Pengurusan muzium perang ini dibawah tanggungjawab Penang War Museum Sdn. Bhd. Para pengunjung dikenakan yuran masuk sebanyak RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak atau tiket keluarga (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) bernilai RM55.
Tiket keluarga bernilai RM55 (dua dewasa dan dua kanak-kanak).
Bag Galas milik tentera British

Ruang pengudaraan bagi salah satu bilik bawah tanah yang dibina

Selaras senapang yang dibekalkan bagi kegunaan tentera Gurkha.

Berus Gigi dan Ubat Gigi yang digunakan oleh tentera British

Antara peralatan peribadi yang dibekalkan kepada tentera, peralatan ini dipercayai dikilangkan di  Australia, ianya turut digunakan dalam perang Korea.

Laluan dalam lorong yang masih kukuh. Untuk merasai pengalaman masuk ke terowong ini, pelawat akan dibekalkan dengan lampu picit oleh petugas dek kerana terowong ini memang gelap dan tiada sumber pencahayaan asli.
Telaga yang dibina oleh Tentera pasukan Jurutera Diraja British

Tempat asal dimana salah satu senapang anti kapal terbang diletakkan


kuarter bagi pegawai pangkat tinggi  yang bertugas mengikut giliran.

Tangga asal menuju kawasan meriam yang masih dalam keadaan asal.


Dua buah peluru sebagai hiasan

Salah satu daripada 20 senapang anti Kapal Terbang yang terdapat di Kubu ini, senapang ini mampu menembak sejauh 14,000 kaki, untuk mengelak dari ditembak, pasukan udara Jepun terpaksa menerbangkan pesawat melebihi sekitar 16,000 kaki di udara.

Kubu peninjau dengan tapak mesin gun.

Kawasan dimana tentera Jepun melaksanakan hukuman pancung!!..

Peralatan yang digunakan oleh tentera Jepun bagi menyiksa tahanan perang mereka.

Bilik dimana tahanan perang diseksa oleh tentera Jepun

Bilik yang menempatkan generator yang menjadi sumber tenaga letrik bagi kawasan kubu ini.

Kawasan dimana tahanan perang dipancung oleh tentera Jepun yang bernama Suzuki. Setelah mangsa dipancung, Suzuki akan menitiskan darah yang menitik dari pedang beliau kedalam botol wain. Menurut kepercayaan, bangsa yang darahnya diminum tidak akan berani bangkit menentang tentera imperial Jepun.

Sistem kumbahan yang digunakan di setiap kuater, siapa agaknya yang ditugaskan untuk mengosongkan tong-tong najis itu ya...

Kuater pegawai British, kuater ini boleh menempatkan sehingga 11 orang pegawai.

Buku-buku yang terdapat di bilik pegawai tentera  British, tidak pasti sama ada buku-buku tersebut adalah yang asal atau sekadar hiasan.

Siren kecemasan yang digunakan...tuil perlu dipusingkan untuk menghasilkan bunyi.

Alat pemadam api (seperti yang ada di sekolah sekitar tahun 1980an) yang ada di Kuarters tentera British.

Lokap yang digunakan untuk mengurung tahanan perang.

Kuarters yang dikhaskan untuk tentera Melayu yang bertugas di Kubu ini.

Salah satu bilik di kuater askar melayu, ianya boleh menempatkan seramai 14 orang tentera. para pengunjung diberi amaran adanya ular di kawasan berek ini.


Dapur yang terdapat di kuater tukang masak yang khusus menyediakan makanan untuk askar melayu, antara menu yang sering disediakan ialah yang berasaskan daging, roti, ubi kentang dan kari.

Bilik tidur dikuater yang dikhaskan untuk Tukang Masak.

Bangunan yang menempatkan bilik-bilik rawatan yang diasingkan mengikut kategori penyakit.

Bilik yang dikhaskan untuk pegawai perisik tentera.

Perabot yang terdapat didalam bilik khas untuk pegawai perisik tentera.

Salah satu bilik bawah tanah yang terdapat didalam kubu ini.

Salah satu terowong yang agak moden dibina oleh tentera British, ianya mempunyai binaan yang kukuh serta sistem pengudaraan yang baik seandainya pintu terowong gagal dibuka.


Melawat ke Muzium ini adalah amat disyorkan bagi pencinta sejarah, penyelidik atau para pelancong, ianya dapat memberi sedikit sebanyak gambaran nyata tentang warisan kehadiran tentera British dan Jepun di Tanah Melayu ketika kancah perang dunia kedua.

Wak Mustarjo (1890 - 1970) dan 9 perkara menarik tentang beliau.


Wak Mustarjo@Mustar Ahmad  (sumber : P.Ramlee.com)
      Antara pelakon tambahan yang sering menghiasi filem arahan Allahyarham P. Ramlee ialah Haji Mustar bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Wak Mustarjo. Beliau dilahirkan pada tahun 1890 di wilayah Purokarto, Jawa Tengah.
Wak Mustarjo memulakan kerjaya lakonan beliau bersama Shaws Malay Film Productions Ltd pada tanggal 1 mei 1951, antara filem lakonan beliau ialah Pembalasan, Sejoli, Derita, Musang Berjanggut, Kaki Kuda, Ali Baba Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok. Sebelum menjadi 'orang filem', Wak Mustarjo lebih dikenali di pentas bangsawan.

Pelaris filem ? ....aksi Mustarjo dijadikan 'umpan'  dalam poster Filem Pendekar Bujang Lapok.

Berikut adalah fakta menarik mengenai beliau:

1.  Wak Mustarjo pernah membuka warung yang letaknya di Ballestier Road, berhampiran dengan Studio Jalan Ampas. Menurut pelawak S. Shamsuddin,  gulai ayam yang mereka makan dalam salah satu adegan  filem 'Bujang  Lapok' itu sebenarnya dimasak oleh Wak Mustarjo. ( Berita Harian, 9 Mei 1998).

Kari Ayam dalam adegan inilah yang dikatakan dimasak oleh Wak Mustarjo.
2.  Menurut Seniwati Mariani, menu istimewa di warung Pak Mustarjo ialah, Nasi Padang, Ikan Bakar dan Sambal Goreng. (Berita Harian, 27 Oktober 2012).
3.    Wak Mustarjo juga terkenal dengan kepakaran beliau menyediakan masakan Nasi Ambeng, perkara ini diakui oleh Seniman Datuk Aziz Sattar. Menurut beliau, ketika di Jalan Ampas, sudah menjadi tradisi dikalangan warga seni untuk berkumpul dan bertukar-tukar juadah pada malam raya, ketika itu juadah yang menjadi rebutan ialah Nasi Ambeng yang disediakan oleh Wak Mustarjo, selain rasanya yang lazat, lauknya juga beranika, ada serunding dan macam-macam lagi (Metro Ahad, 4 September 2011).
4.   Beliau dikatakan antara seniman terawal yang menunaikan fardhu haji sewaktu masih aktif bergiat dalam dunia seni. Selain beliau, antara pelakon lain yang telah menunaikan fardhu haji pada ketika itu ialah Haji Mahadi dan Haji Arshad ( Berita Harian, 9 Mei 1998).
5.    Sewaktu tinggal di kuaters Malay Film Production yang terletak di Jalan Boon Teck, Wak Mustarjo akan mengadakan kenduri kesyukuran setiap kali menjelang syawal, peristiwa ini dikongsikan oleh Allahyarham Datuk Ahmad Daud. ( Berita Harian, 1 Februari 1998).
6.    Panggilan mesra beliau dikalangan pengurus Studio Jalan Ampas ialah 'Joe'. (Berita Harian, 9 Mei 1998).
7.    Sewaktu bersama dengan kumpulan Bangsawan Sri Noran Opera, Mustarjo pernah mengadakan  persembahan di hadapan 'Raja Putih' Sarawak, Raja Brooke ketika lawatan ke borneo. (Berita harian, 9 Mei 1998).
8.   Watak 'wanita kedi' yang dilelong dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapok' itu sebenarnya dilakonkan oleh Wak Mustarjo. ( Arena Filem, Bil. 59, 1960 )

Watak  'Wanita kedi' yang muncul dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapok', namun tak ramai tahu siapakah yang melakonkan watak ini.  

Terbongkar.....Wanita 'kedi' itu sebenarnya lakonan Wak Mustarjo. Sumber : Arena Filem, Bil. 59, 1960.
      9. Wak Mustarjo memakai dua bentuk cincin akik, satu di jari kiri yang dinamakan Firuz
 dan satu di jari kanan yang dinamakan Gambir. Cincin yang dinamakan Firuz itu berwarna hijau dan merupakan pemberian gurunya sewaktu di Tanah Jawa. Mengikut kepercayaan  guru beliau, jika mahu merantau dan murah rezeki, cincin itu hendaklah sentiasa dipakai. Sementara cincin yang bernama Gambir itu pula didapati dari dalam batu dari dasar sungai. (Arena Filem, Bil. 17, 1960)


Wak Mustarjo meninggal dunia pada 3 Januari 1970 pada usia 80 tahun.

AL-Fatihah

Thursday, June 6, 2013

INSAN BERNAMA ISTERI


Wahai Hawa, Kenapa..

engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya?
kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ?
dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa, Sedarlah..

Tangan yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang dunia, Sedarlah hawa.. kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!!
yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi hawa..

jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH.

Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Thursday, May 16, 2013

HARI GURU

Tanggal 16 Mei merupakan sambutan hari guru bagi semua yang bergelar pendidik. Di sini saya cuba kongsikan beberapa kata2 menarik sempena hari guru.



Untuk parä guru, guru tadika, guru sek memandu, guru besar, guru kecik, guru sndrn, guru ganti, guru rajin,guru selalu takde kat sekolah, guru yg sering isi borang tukar, guru malas masuk kelas guru mgandung,guru yg tak suka jadi guru , guru disiplin, guru tak disiplin, guru keluar makan dan tak lupa guru2 yg tak suka relief.. ,guru yg buat relief.

SELAMAT HARI GURU. SEMOGA ANDA TERUS CERIA.


Apakh cita2 anda sbl jd guru? Mejistret?Loyar? Enjiniar?Anda mnysal jd guru? Cuba lihat,ada x loyar yg sggup pki topi arkitek?Ada x mejistret yg brani sarung kot doktor? Tp guru adalah SEMUA itu. Kita la doktor bila budak sakit,loyar bila parents soal, mejistret bila budak bgaduh. Hatta security guard & AHLI NUJUM pun kita! Smlm plak jd tkg kebun gtg ryg perdana.. Oleh itu, banggalah jd cikgu. SELAMAT HARI GURU.



Bila murid duduk...cikgu berdiri! Bila murid di seligi...cikgu pulak kena gari, murid dtg naik BMW 7 siri..cikgu dtg naik motor buruk road tax pun dah mati! Murid pi belajar sampai PhD..cikgu baru berkira-kira nak samb.degree.. Namun begitu...di dunia cikgu berbakti, moga di akhirat syurga tempat kita kekal abadi.... Selamat Hari Guru.


Dulu DIA pegang rotan hang kata DIA garang..Bila DIA lmbt msuk kelas hang kata DIA malas..Bila DIA marah2 hang kta DIA mlampau,KINI...hang adalah DIA.SELAMAT HARI GURU..


Selamat hari guru. Guru patut faham & usaha jayakan muridnya. Bercita tinggi, berfikir luar kotak,+ ilmu tk henti & positif berhikmah.


Dulu, murid hormat & takut Guru, kini,Guru takut murid. Dulu, Guru chalk n talk. Kini,Guru kena slow talk. Dulu,Guru boleh claim. Kini, x boleh complain. Dulu, Hari Guru dpt wang saku. Kini,Hari Guru dpt 'penyapu'(Gotong-royong). SELAMAT HARI GURU!


Erti sebenar seorang cikgu

C : cantik budi pekertinya

I : inovatif praktisnya

K : kreatif mindanya

G : garang semangatnya

U : unggul ilmunya

Selamat Hari Guru !


Tuturmu muzik yg tak jemu di dgar, dlm critamu terselit hiburan dan pengajaran, gayamu jadi sebutan, marahmu menjadi kenangan manis, tidak ada paling indah bagi insan yg bernama guru krn engkaulah pelita hidup, pemburu yg bijaksana, penglipurlara ketika duka, pemberi ketika tiada, penyabar ketika dduga, berbangga ketika mereka berjaya, sedih kerana gagalnya anak bangsa. Itulah cikgu. Berbanggalah kerana kita bekalkan ilmu kpd yg tdk tahu. Seribu tahun namamu akan dseru. Selamat Hari Guru!


'Jadilah seorang guru yg hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU, tingkahlakunya di TIRU dan KEHILANGANNYA diiringi doa restu."Selamat Hari Guru"


Ya Allah, insan yg sdg mmbaca sms ini adalh insan yg sgt hebat krn dgn peranannya, dia tlh mmbina ramai insan yg hebat spt dirinya. Dia mnyelesaikn kjahilan, 'kmskinn' n 'pnyakit' msyrkt dgn kikhlasnnya mndidik. Berkatilh dn lindungilh khidupannya ya allah. Jauhknlh dia dr fitnah dn ksengsaraan dunia. Letakknlh dia dsisi rasulmu dakhirat kelak. Semoga dia trus tbah menanggung tggjwb ini. Ameen ya rbbal a'lameen. Selamat hari guru.