Wahai Hawa, Kenapa..
engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu?
Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya?
kenapa.. masih segan mengamalkan isi
kandungan-nya ?
dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi
perintah-Nya?
Wahai Hawa, Sedarlah..
Tangan yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang
dunia, Sedarlah hawa.. kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia
yang hebat!!
yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar
dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada
suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.
Tapi hawa..
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan
lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan
kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan
sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku
khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH.
Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana
wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam
menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang
Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri
yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu
sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.
No comments:
Post a Comment