Monday, October 27, 2008

Part III - Sambutan Aidil Fitri di Teratak Rush.

Openhouse Aidilftri.....Sambutan hari raya kali ini bertempat di teratak Rush & Wan pada 25 Oktober 2008(Sabtu) yang diadakan disebelah malam. Terima kasih kepada Rush & Wan yang sudi menjemput kami dari sebilangan tetamu yang hadir pada malam tersebut. Hujan yang turun pada waktu itu tidak menganggu kemeriahan majlis jamuan ini yang berkonsepkan garden party serta santai. Lebih-lebih lagi bertemakan putih yang membuatkan majlis ini bertambah berseri.

Setelah tiba di rumah Rush pada jam 7.00 malam kelihatan kelibat khairul, Haizul, aned serta Suhaili sudah berada di rumah Rush pada waktu itu. Mereka datang lebih awal kerana membantu Rush & Wan menyediakan hidangan pada majlis sebelah malamnya. Pada saat ini, baru ku sedar hanya aku yang tidak menepati konsep serta tema majlis pada malam tersebut. Ini adalah kerana tidak dimaklumkan oleh Rush ketika menjemput aku. Mungkin Rush terlupa untuk memberi tahu mengenai hal tersebut kerana coverage network di kawasan rumah aku tinggal kurang memuaskan(asyik putus-putus je time berbual dengan Rush). Ini membuatkan aku memang berbeza daripada tetamu-tetamu yang lain. Ini tidak melunturkan semangat aku untuk memenuhi undangan ke majlis ini serta berjumpa dengan rakan-rakan yang lain. Ramai juga tetamu yang hadir pada majlis ini walaupun hari hujan renyai-renyai sebelum majlis bermula.

Menu yang dihidangkan adalah dimasak sendiri oleh tuan rumah, semua sudah makluman di kalangan rakan-rakan sekiranya Rush masak pasti sedap dan membuatkan para tetamu yang makan pasti terkagum dengan masakanya yang enak serta lazat. Banyak hidangan yang disediakan diantaranya Mee Rebus Johor dan Nasi Jagung yang dihidang bersama ayam panggang serta salad. Kek Lapis Sarawak turut terhidang yang dibawa oleh aned dari kuching yang datang ke Miri sehari sebelum majlis ini. Bermacam-macam jenis biskut raya yang menarik serta berwarna warni turut dihidangkan bersama-sama kek lapis sarawak yang dibawa oleh Rush dari JB.

Majlis jamuan raya ini turut diserikan dengan nyanyian yang telah memdendangkan lagu solo oleh antz dan wan serta beberapa buah lagu duet diantara mereka berdua. Ini adalah kerana tuan rumah turut menyediakan set karaoke membuatkan lagi majlis ini bertambah meriah walaupun suasana pada malam tersebut agak dingin.


Setelah jam 1.oo pagi ku meminta diri untuk pulang kerana tidak rasa detik-detik waktu berlalu dengan begitu pantas sekali pada malam ini kerana kemeriahan majlis ini.

8 comments:

Luaq Ezplanade said...

Nas, bukan aneep la...nama dia arnette (aned)..walaupun tak mengikut tema namun kehadiran dimajlis itu sudah cukup memadai dan berbesar hati....

WanHidayat said...

Bro...cantik gambau2 ko...ko curik sumenye kan...hahahaha....

rhymee suhaili said...

Baru nak puji gmbr... check2 balik ... mcm pernah ku lihat gmbr2 itu.. tak aper, nanti share the knowledge when we hv the time :)

Along Abdul Karim said...

betul tu Nash.. biarpun u're not in theme.. it's ok.. yg penting kehadiran u utk sama2 memeriahkan majlis lebih dihargai.. betul tak tuan rumah? ;D

Nasarudin Ahmad said...

luaq ezplanade-thank kena bg tahu,sory la tuan punya diri skali yg punya nam serta gambar2 tu skali.

wanhidayat-ku bukan curi la bro. ku dah minta dr tuan yg punya la.
maklum la ku mana ada camera la...

rhymee-tema kaih rhymee, nanti kita share the knowledge....

along-ya la along,nas je berbeza n lari dari tema malam tu....

Nasarudin Ahmad said...
This comment has been removed by the author.
Rush Murad said...

thanks for coming!!! apa pun..... kita tunggu sahaja Aidil Adha nanti.... adakah?

zackzara said...

Salam Nas :)

Yezzzzaaa... I pun lari dari tema ye.. walaupun tetap pakai tudung putih..(masuk tema jap hehe)

Best kan santai2 begini.. hmm..