Monday, October 6, 2008

Beraya di teratak Zulkifli Ahmad

hafis,khairul naim, zulkifli, mohd zakie, me, along and dee.

Pada 5 Syawal 1429H/2008M, Ku ditemani oleh Hafiz yang sudah lapan tahun tidak berjumpa sebelum ini yang kini berkhidmat di TUDM Subang, Selangor. Pada pagi 4 syawal ku menerima jemputan ke rumah terbuka Zul yang kini tinggal di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Seperti tidak menduga oleh minda kerana jemputan tersebut datang dari kawan lama yang sudah lapan tahun tidak bertemu sebelum ini semenjak habis belajar dahulu.


suasana di rumah zul.

Bermain-main difikiran ku, sekiranya ku memenuhi jemputan ke majlis tersebut mungkin ramai kenalan-kenalan lama akan ku temui. Setelah sampai di teratak zul lebih kurang jam 2 petang, seperti tidak diduga ramai lebih kurang 10 orang kenalan-kenalan lama sudah berada di sana. Ada yang datang bersama keluarga, ada pulak yang datang berkumpulan. Maka riuh rendah la suasana dirumah zul disebabkan oleh banyak cerita yang hendak dibualkan serta dikongsi bersama-sama setelah lapan tahun tidak berjumpa.

me,den n zul

Ku terpaksa pulang awal dan meninggalkan mereka setelah bertukar-tukar contact number kerana ada lagi rumah saudara yang hendak dikunjungi pada sebelah petang. Dan sebelah malam hendak ke Batu Maung untuk menziarahi saudara mara sebelah ayah pula yang sudah 2 tahun tidak bertemu.

ded, akie n zul wife


**semasa sessi bergambar ramai yang berada diluar.

**belajar di PERDA Tech college

2 comments:

Wanpetunjuk said...

Salam bro....bila nak update lagik....hehehehe, nak ikut pi umah terbuka tak???

Rush Murad said...

memang excited jumpa kawan lama ekkk.... sebelum raya hari tu, ramai gak terserempak dgn kawan2 lama cuma tak berkesempatan nak pi rumah depa.... hopefully masa2 akan datang dapat pi ziarah