Thursday, January 29, 2009

Berkunjung Ke Brunei Darulsalam



Setelah lebih seminggu merancanakan program hendak ke Negara Brunei Darul Sallam, maka pada 24 Januari 2009 aku berkesempatan lagi berkunjung ke Brunei bersama-sama Kerol, Along, Nurul dan Haizul  yang kebetulan datang ke Miri sehari sebelumnya. Jam 0650 pagi aku sudah berada di rumah nurul yang menjadi lokasi perjumpaan kami sebelum bertolak ke Brunei dengan menaiki 2 buah kenderaan. Setelah hampir 40 minit memandu dari Bandaraya Miri kami tiba disempadan Malaysia/Brunei di Sungai Tujuh. Setelah selesai berurusan dengan imigrisen dan Kastam negara jiran terbabit kami meneruskan perjalanan ke Bandar Seri Bagawan yang mengambil masa 2 jam perjalanan dengan berkereta. Sepanjang perjalanan mata disajikan dengan keindahan alam yang masih menghijau di kiri dan kanan jalan.



Tempat pertama yang menjadi persingahan kami ialah The Empire Hotel & Country yang bertaraf 7 bintang. Hotel ini memiliki keindahan yang tersendiri, di mana hiasan dalaman yang dihiasi oleh makmar serta berwarna keemasan yang menaikan seri dalaman hotel ini disamping rekabentuk hotel yang unik serta belatar belakangkan Laut China Selatan yang membiru. Setelah hampir sejam di sini. Kami bergerak ke YMRM yang menjadi lokasi perjumpaan kami dengan Shila (tunangan Haizul) yang terletak di Gadong. Tika kami tiba di YMRM jam di tangan telah menunjukan hampir ke jam 1100. Kami berenam sempat berlegar-legar dalam YMRM yang membuat jualan promosi.



Kami mula meninggalkan YMRM dan menuju ke Maktab Jururawat Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah untuk menjemput sepupu Shila iaitu Sharifah. Kami bersama-sama makan tengahari di Aminah Cafe yang telah di tempah oleh Shila sebelum itu. Aku dipekenalkan dengan Abuyat sejenis makanan yang di perbuat daripada tepung sagu dan beraneka lauk campur serta sambal. Tidak lama kemudian, muncul kelibat epin yang turut serta bersama-sama kami menjamu selera.



Setelah perut disi dengan pelbagai makanan yang enak. Kami ke Peranginan Tasek Lama yang terletak tidak jauh dari BSB. Kerja baik pulih sedang giat dijalankan akibat banjir yang melanda seminggu sebelum kunjungan ini. Peranginan Tasek Lama merupakan salah satu tempat rekerasi bagi warga BSB di hujung minggu untuk beriadah seisi keluarga yang mana memiliki air terjun yang cantik serta lanskap yang menghijau disamping kemudahan-kemudahan asas yang banyak disediakan di sini untuk para pengunjung. Kami meneruskan perjalankan ke kampung Air yang menjadi lokasi yang wajib dikunjung sekiranya membuat melawat ke Negara Brunei. Kampung Air ialah sebuah perkampungan atas air yang mengadap Bandar Seri Bagawan. Disini dapat disaksikan pelbagai bot penambang yang menjadi nadi perhubungan utama bagi penduduk Kampung Air dengan BSB. Kami sempat berkunjung ke Kompleks Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah yang terletak berhampiran dengan Kampung Air dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien III.



Kami meneruskan perjalanan ke Hua Ho Mall di Manggis untuk membeli buah tangan serta makanan ringan untuk dibawa pulang ke Miri. Setelah itu, kami berkunjung ke rumah Shila di Lambak untuk menikmati minum petang serta diperkenalkan kepada ahli keluarga Shila. Sebelum berangkat pulang kami diberikan ole-ole dari Brunei oleh Family shila. Terima Kasih kepada Shila, Sharifah, Epin dan keluarga Shila yang melayan kami dengan begitu mesra dan baik sekali tika lawatan kami ke sana.

3 comments:

Terompah Biru said...

Thanks sebab tompangkan aku hari tu yerk :D

Lepas nie boleh la plan lagi dan ajak Zara, Aishah, Laili, Rush, Wan, Suhai dll.. kite pegi ramai2 JOM ;D

Next trip kena singgah makan Nasi Katok, boleh? ;D

WanHidayat said...

Hahahah....nice pisc...awesome!!!...

Aktifnye sekarang!!!!....

Kita dah nak activate BUSY mode...

whitelighter said...

hamboii kalau dulu nak suruh datang senadin pun nak tunggu setahun baru sampai... grrrr takpe tak pe