Thursday, January 29, 2009

Berkunjung Ke Brunei Darulsalam



Setelah lebih seminggu merancanakan program hendak ke Negara Brunei Darul Sallam, maka pada 24 Januari 2009 aku berkesempatan lagi berkunjung ke Brunei bersama-sama Kerol, Along, Nurul dan Haizul  yang kebetulan datang ke Miri sehari sebelumnya. Jam 0650 pagi aku sudah berada di rumah nurul yang menjadi lokasi perjumpaan kami sebelum bertolak ke Brunei dengan menaiki 2 buah kenderaan. Setelah hampir 40 minit memandu dari Bandaraya Miri kami tiba disempadan Malaysia/Brunei di Sungai Tujuh. Setelah selesai berurusan dengan imigrisen dan Kastam negara jiran terbabit kami meneruskan perjalanan ke Bandar Seri Bagawan yang mengambil masa 2 jam perjalanan dengan berkereta. Sepanjang perjalanan mata disajikan dengan keindahan alam yang masih menghijau di kiri dan kanan jalan.



Tempat pertama yang menjadi persingahan kami ialah The Empire Hotel & Country yang bertaraf 7 bintang. Hotel ini memiliki keindahan yang tersendiri, di mana hiasan dalaman yang dihiasi oleh makmar serta berwarna keemasan yang menaikan seri dalaman hotel ini disamping rekabentuk hotel yang unik serta belatar belakangkan Laut China Selatan yang membiru. Setelah hampir sejam di sini. Kami bergerak ke YMRM yang menjadi lokasi perjumpaan kami dengan Shila (tunangan Haizul) yang terletak di Gadong. Tika kami tiba di YMRM jam di tangan telah menunjukan hampir ke jam 1100. Kami berenam sempat berlegar-legar dalam YMRM yang membuat jualan promosi.



Kami mula meninggalkan YMRM dan menuju ke Maktab Jururawat Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah untuk menjemput sepupu Shila iaitu Sharifah. Kami bersama-sama makan tengahari di Aminah Cafe yang telah di tempah oleh Shila sebelum itu. Aku dipekenalkan dengan Abuyat sejenis makanan yang di perbuat daripada tepung sagu dan beraneka lauk campur serta sambal. Tidak lama kemudian, muncul kelibat epin yang turut serta bersama-sama kami menjamu selera.



Setelah perut disi dengan pelbagai makanan yang enak. Kami ke Peranginan Tasek Lama yang terletak tidak jauh dari BSB. Kerja baik pulih sedang giat dijalankan akibat banjir yang melanda seminggu sebelum kunjungan ini. Peranginan Tasek Lama merupakan salah satu tempat rekerasi bagi warga BSB di hujung minggu untuk beriadah seisi keluarga yang mana memiliki air terjun yang cantik serta lanskap yang menghijau disamping kemudahan-kemudahan asas yang banyak disediakan di sini untuk para pengunjung. Kami meneruskan perjalankan ke kampung Air yang menjadi lokasi yang wajib dikunjung sekiranya membuat melawat ke Negara Brunei. Kampung Air ialah sebuah perkampungan atas air yang mengadap Bandar Seri Bagawan. Disini dapat disaksikan pelbagai bot penambang yang menjadi nadi perhubungan utama bagi penduduk Kampung Air dengan BSB. Kami sempat berkunjung ke Kompleks Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah yang terletak berhampiran dengan Kampung Air dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien III.



Kami meneruskan perjalanan ke Hua Ho Mall di Manggis untuk membeli buah tangan serta makanan ringan untuk dibawa pulang ke Miri. Setelah itu, kami berkunjung ke rumah Shila di Lambak untuk menikmati minum petang serta diperkenalkan kepada ahli keluarga Shila. Sebelum berangkat pulang kami diberikan ole-ole dari Brunei oleh Family shila. Terima Kasih kepada Shila, Sharifah, Epin dan keluarga Shila yang melayan kami dengan begitu mesra dan baik sekali tika lawatan kami ke sana.

Wednesday, January 28, 2009

Keindahan Alam Ciptaan Tuhan





Wednesday, January 21, 2009

TUSAN & JAMBU BEACH


Alhamdulilah, setelah hampir 2 minggu niat hati hendak mengunjungi Tusan yang terhalang disebakan oleh cuaca di Miri yang tidak mengizinkan kami untuk ke sana. Maka pada 17 Januari 2009 yang lalu, aku bersama-sama kerol, along dan nurul berkesempatan ke Tusan yang memiliki pemandangan yang cantik serta menghadap Laut China Selatan yang membiru. Seperti yang telah dijanjikan, kami berempat berjumpa di rumah kerol sebelum bergerak ke Tusan dengan menaiki sebuah kereta sahaja memandangkan hanya aku yang mengetahui lokasi tersebut. Sepanjang perjalanan banyak perkara yang sempat dibualkan bersama-sama. Salah satu isu yang dibincangkan adalah "kitak orang c rasa pelik kah, orang luar yang embak kmk org berjalanan tok? maka kmk orang orang local ctok.......c taok tempatnya" soalan tersebut ditanyakan oleh nurul kepada kerol yang membuatkan kami berempat gelihati serta dapat menghilangkan rasa bosan di sepanjang perjalanan ke Tusan. Tika kami sampai ke Tusan dalam lingkungan pukul 4 petang, bayu laut telah menyambut kedatangan kami dengan bertiup dengan agak kencang memandangkan kami berada di tebing yang tinggi serta mengadap dengan laut.

Di dalam minda terdetik perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata mengenai keindahan Tusan ini. Perasaan gayat mula terasa bercampur baur dengan kegembiraan didalam hati kerana dapat membawa kawan-kawan yang selama ini tidak mengetahui kewujudan tempat yang bernama Tusan dengan keindahanya yang tersendiri. Setelah hampir 30 minit di Tusan, kami berempat bergerak ke Pantai Bungai yang terletak hampir 35 Kilometer daripada Bandaraya Miri dan mengambil masa 15 mint perjalanan dari Tusan. Sebenarnya kunjungan ke Pantai Bungai tidak ada dalam perancangan kami pada petang tersebut. Memandangkan Bungai hanya terletak 15 minit perjalanan dengan berkereta menyusuri jalan pesisir pantai Miri-Bintulu dari Tusan . Maka pantai Bungai menjadi lokasi kedua kami yang sempat dikunjungi pada petang tersebut.





Sebelum kami ke Pantai Bungai, aku telah membawa pelancong-pelancong tempatan ini mengunjungi Pantai Jambu Bungai yang menempatkan perkampungan nelayan serta memiliki keindahan pantai yang tersendiri. Pada masa ini pantai Jambu dalam proses dinaik tarafkan untuk dijadikan tempat daya tarikan pelancong untuk masa hadapan. Kemudahan-kemudahan asas untuk para pengunjung dalam proses pembinaan seperti pondok rehat, tandas awam, surau dan kerja-kerja penanam pokok berhampiran pantai untuk menghijaukan kawasan ini.



Hampir 30 minit kami disini, kami bergerak ke Pantai Bungai hanya 10 minit sahaja dari Pantai Jambu dengan menyusuri jalan di dalam perkampungan orang-orang kadayan ini. Pada waktu kami sampai di Bungai, kelibat para peniaga-peniaga yang terdiri daripada penduduk kampug itu sendiri amat mencuit hati kami. "adik gula batu ada, air nyior ada,beli la satu" dalam loghat orang kadayan. Perkataan ini agak unik bagi aku yang menjadi perantau di tempat orang memandangkan loghat orang kadayan amat jarang aku dengar sekiranya berada di Miri. Perkataan-perkataan yang disebutkan membuatkan aku kurang faham dengan apa yang perkatakan oleh mereka tika aku membeli air untuk mengilangkan dahaga pada petang tersebut.



Kami berempat tidak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan di sepanjang pantai yang memutih serta diiringi oleh tiupan angin yang agak kencang pada petang tersebut. Kerol dan Along tidak melepaskan peluang merakamkan keindahan alam pemberian Tuhan yang Maha Kuasa dengan mencuba pelbagai sudut serta posisi untuk mendapatkan gambar-gambar yang terbaik. Terima kasih kepada Kerol kerana memberikan gambar-gambar dalam kunjungan ke Pantai Bungai dan Tusan ini memandangkan bateri camera aku yang kehabisan......






Wednesday, January 7, 2009

SEPETANG DI MARRIOT RESORT & SPA@MIRI

Setelah seharian di pejabat melakukan kerja-kerja banyak tertanguh dari hujung tahun lepas pada hari minggu yang lepas, aku menerima msg dari luaqdomeszplaned yang mencadangkan pergi ke Marriot Resort & Spa untuk bersantai. Terompah Biru dan nurul turut dipelawa untuk meriahkan suasana petang itu. Seperti masa yang dijanjikan kami berempat bertemu disana.



Suasana hotel pada petang itu agak sunyi, ini mungkin kerana keesokkan harinya adalah hari pertama perbukaan sekolah kembali bagi tahun 2009 setelah cuti penggal. Hanya kelihatan kelibat beberapa pasang keluarga bersama anak-anak mereka yang menikmati panorama matahari terbenam di ufuk barat berlatang belakangkan formasi-formasi awan yang terbentuk di kaki langit.


Kami berempat terus ke bahagian garisan pantai disebelah belakang resort untuk merakamkan keindahan matahari terbenam serta menikmati view marina bay dari Marriot Resort & Spa. Marina Bay yang kelihatan seolah-olah seperti sebuah pulau dengan alunan ombak yang agak bergelora menghempas pada batuan yang terdapat pada petang itu.

Ini sedikit gambar yang sempat dirakamkan pada petang itu.............



Friday, January 2, 2009

NEW YEAR 2009@MIRI


Tahun 2009 akan menjelang tiba lagi 4 jam tika aku sampai di Madli Satay Corner untuk berjumpa dengan Along dan Nozhul yang telah menunggu aku disana. Di Madli Satay Corner pada malam menjelang tahun baru sebegitu ramai orang-orang Brunei kelihatan. Maklumlah cuti panjang kebetulan cuti tahun baru jatuh pada hari Khamis bersambungan dengan hari Jumaat yang menjadi cuti kelepasan am bagi kakitangan kerajaan di Negara Brunei DarulSalam. Setelah hampir 2 jam disana, baru kelihatan kelibat Khairol yang datang lewat sedikit kerana ada urusan lain sebelum itu. Pada 1130 malam kami berempat bergerak ke Bukit Telaga Minyak (Canada Hill) untuk menikmati pemandangan waktu malam bandaraya Miri serta melihat keindahan percikan cahaya bunga api (firework) sempena sambutan tahun baru 2009.

Bunga api yang berjaya dirakamkan


Dari kiri: Khairol dan Along yang tekun mencari sudut yang terbaik


Dari kiri : Along, Khairol, Me dan Nozhul



Setibanya di puncak bukit, aku rasa macam tak percaya dengan kehadiran pengunjung yang sebegitu ramai di atas bukit telaga minyak tersebut. Haizul sudah sedia menunggu kami disana bersama-sama sepupunya. Setelah mencari lokasi yang sesuai along dan khairul cepat-cepat memasang tripod masing-masing takut tak sempat ambil gambar bunga api. Ketika detik 12 malam, bandaraya Miri diserikan dengan keindahan cahaya bunga api yang menerangi keseluruh pelusuk bandaraya ini. Tidak lama kemudian Rush, Zoul, Wan, Nuriz dan Malim pun tiba tika percikan bunga api berlangsung. Sesi terakhir pada malam itu adalah bergambar beramai-ramai sebagai kenangan bersama. Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua........


Bergambar sebagai Kenangan bersama diambang Tahun Baru 2009