


Saya menghadiri majlis kampung angkat anjuran BDA (Bintulu Development Autority) yang memilih perkampungan ini untuk program kampung angkat pada kali ini. Terima Kasih kepada BDA yang menjemput kami untuk bersama-sama untuk menjaya program kampung angkat pada tahun ini. Perkampungan Kuala Nyalau terletak 120 Km daripada bandar Miri. Manakala dari bandar Bintulu pula sejauh 75 km untuk sampai ke kampung ini. Kampung ini terletak lebih kurang 10 km daripada persimpangan jalan pesisir pantai Miri-Bintulu.

Yang menarik perhatian saya di kampung ini adalah pokok Tongkat Ali @ Pasak Bumi. Sebelum ini pokok tongkat ali sememangnya agak sukar untuk dijumpai kerana hidup didalam kawasan hutan tropika sahaja. Tetapi di kampung ini, pokok tongkat ali @ pasak bumi ini ditanam di sepanjang kiri kanan jalan masuk ke kampung. Kami difahamkan pokok tersebut ditanam untuk dijadikan pendapatan sampingan kepada para penduduk kampung yang menanamnya.
Terdapat sebuah resort yang dimiliki oleh salah seorang penduduk untuk menjadikan perkampungan ini sebagai tarikan kepada pelancong dari luar atau dalam negara. Ini adalah disebabkan perkampungan ini terletak berhampiran laut serta mengadap Laut China Selatan dengan pasir yang memutih disepanjang pantai kampung ini. Terdapat juga bekalan elektrik yang disediakan serta dibiayai oleh persatuan penduduk-penduduk kampung sendiri dengan mengunakan janakuasa elektrik yang mana mengunakan diesel untuk menerangi rumah-rumah penduduk di waktu malam. Dengan bayaran serendah RM10 sebulan untuk sebuah rumah, penduduk disini dapat memiliki kemudahan ini. Bayaran tersebut adalah untuk membeli bahan bakar diesel tersebut.
Kemudahan yang terdapat pada resort ini adalah adalah seperti hall, diving hall dan banyak lagi. Resort terbabit menjadi tempat penginapan aku selama 2 hari satu malam tika berada disini. Banyak aktiviti-aktiviti sukan pantai yang dapat dilakukan disini selain keindahan air terjun nyalau yang terletak 25 minit berjalan kaki dari perkampungan ini. Banyak aktiviti yang dianjurkan oleh penduduk kampung seperti sukan Rakyat, Pertandingan Memancing, Aktiviti membersihkan pantai serta Program menanam pokok kelapa disepanjang pantai kampung ini. Diakhir program ini, BDA menyerahkan bantuan keperluan asas kepada penduduk yang terpilih serta menyerah dana bantuan dalam bentuk wang untuk bekalan elektrik di kampung terbabit.Pantai Lutong juga menjadi salah satu tempat perkelahan untuk penduduk bandaraya Miri serta beriadah. Ini adalah disebabkan lokasinya hanya 3 kilometer sahaja dari pusat bandar serta berhampiran dengan piasau camp. Setelah sampai di sana ramai juga pengunjung yang mengunjungi pantai ini. Ada yang datang bersama keluarga untuk bermandi-manda, ada pula yang datang untuk menikmati keindahan matahari terbenam di ufuk barat serta aktiviti bersantai di tepi pantai. Suasana petang itu begitu mempesonakan serta memukau kebanyakan para pengunjung kerana dengan tiupan angin bayu yang mengasyikkan serta kedengaran enjin kipas daripada aktiviti paragliding yang bertempat di situ sekali sekala ketika melimpasi kedudukan kami.
Pada petang itu juga, Zara memberitahu dia nak Fly! zara ingin mencuba aktiviti paragliding yang dipelawa oleh kawannya untuk mencuba aktiviti ini. Sambil aku dengan along meneruskan aktiviti mengejar sunset. Sempat juga aku merakamkan beberapa keping gambar zara mempelajari aktiviti paragliding dengan penuh keazaman dan kegigihan serta teknik-teknik untuk melayakkan beliau menguasai awan yang biru.........Good Luck zara.