Monday, October 27, 2008

Part III - Sambutan Aidil Fitri di Teratak Rush.

Openhouse Aidilftri.....Sambutan hari raya kali ini bertempat di teratak Rush & Wan pada 25 Oktober 2008(Sabtu) yang diadakan disebelah malam. Terima kasih kepada Rush & Wan yang sudi menjemput kami dari sebilangan tetamu yang hadir pada malam tersebut. Hujan yang turun pada waktu itu tidak menganggu kemeriahan majlis jamuan ini yang berkonsepkan garden party serta santai. Lebih-lebih lagi bertemakan putih yang membuatkan majlis ini bertambah berseri.

Setelah tiba di rumah Rush pada jam 7.00 malam kelihatan kelibat khairul, Haizul, aned serta Suhaili sudah berada di rumah Rush pada waktu itu. Mereka datang lebih awal kerana membantu Rush & Wan menyediakan hidangan pada majlis sebelah malamnya. Pada saat ini, baru ku sedar hanya aku yang tidak menepati konsep serta tema majlis pada malam tersebut. Ini adalah kerana tidak dimaklumkan oleh Rush ketika menjemput aku. Mungkin Rush terlupa untuk memberi tahu mengenai hal tersebut kerana coverage network di kawasan rumah aku tinggal kurang memuaskan(asyik putus-putus je time berbual dengan Rush). Ini membuatkan aku memang berbeza daripada tetamu-tetamu yang lain. Ini tidak melunturkan semangat aku untuk memenuhi undangan ke majlis ini serta berjumpa dengan rakan-rakan yang lain. Ramai juga tetamu yang hadir pada majlis ini walaupun hari hujan renyai-renyai sebelum majlis bermula.

Menu yang dihidangkan adalah dimasak sendiri oleh tuan rumah, semua sudah makluman di kalangan rakan-rakan sekiranya Rush masak pasti sedap dan membuatkan para tetamu yang makan pasti terkagum dengan masakanya yang enak serta lazat. Banyak hidangan yang disediakan diantaranya Mee Rebus Johor dan Nasi Jagung yang dihidang bersama ayam panggang serta salad. Kek Lapis Sarawak turut terhidang yang dibawa oleh aned dari kuching yang datang ke Miri sehari sebelum majlis ini. Bermacam-macam jenis biskut raya yang menarik serta berwarna warni turut dihidangkan bersama-sama kek lapis sarawak yang dibawa oleh Rush dari JB.

Majlis jamuan raya ini turut diserikan dengan nyanyian yang telah memdendangkan lagu solo oleh antz dan wan serta beberapa buah lagu duet diantara mereka berdua. Ini adalah kerana tuan rumah turut menyediakan set karaoke membuatkan lagi majlis ini bertambah meriah walaupun suasana pada malam tersebut agak dingin.


Setelah jam 1.oo pagi ku meminta diri untuk pulang kerana tidak rasa detik-detik waktu berlalu dengan begitu pantas sekali pada malam ini kerana kemeriahan majlis ini.

Monday, October 13, 2008

Part II - Sambutan Aidilfitri di Miri

Walaupun sudah memasuki minggu ke2 dalam bulan syawal ini, jemputan untuk menghadiri serta mengunjungi rumah terbuka sempena hari raya masih meriah dirasai. Pada 11 syawal yang lepas, terima kasih kepada suhaili kerana sudi menjemput kami ke rumah terbuka beliau terletak di pujut 7. Semasa ku sampai di rumah suhaili, sahabat-sahabat yang lain sudah berada disana kerana ku tiba agak lewat berbanding yang lain kerana ada urusan lain sebelumnya. Biasa lah kalu dah berkumpul beramai-ramai nie. Banyaklah cerita yang dibualkan serta gurauan mesra yang mengeratkan lagi uhkuwah sesama kami.


Dari kiri di atas sofa : Rhymee Writes, Teratak Ku, Tepak Sireh, Chronicle, Luaq Dome Esplanade dan Haizul.

Dari kiri di atas sofa : Amalia, Nurul, Anne, Along, Laili, ZackZara dan Aishah.

Gambar ini yang dapat mengambarkan suasana kemeriahan rumah terbuka Aidil Fitri khairul serta keluarga yang sempat di ambil oleh kawan-kawan semua. Terima kasih juga kepada khairul yang telah mengadakan jamuan rumah terbuka sehari sebelumnya di luak. Hidangan yang disediakan amat membuka selera kerana menu yang disediakan adalah dimasak sendiri oleh mak Khairul. Ini menambah selera kami untuk merasai masakan yang terhidang. Setelah lebih kurang satu setengah di rumah khairul kami beransur-ansur pulang kerana masing-masing ada urusan lain.


Monday, October 6, 2008

Beraya di teratak Zulkifli Ahmad

hafis,khairul naim, zulkifli, mohd zakie, me, along and dee.

Pada 5 Syawal 1429H/2008M, Ku ditemani oleh Hafiz yang sudah lapan tahun tidak berjumpa sebelum ini yang kini berkhidmat di TUDM Subang, Selangor. Pada pagi 4 syawal ku menerima jemputan ke rumah terbuka Zul yang kini tinggal di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Seperti tidak menduga oleh minda kerana jemputan tersebut datang dari kawan lama yang sudah lapan tahun tidak bertemu sebelum ini semenjak habis belajar dahulu.


suasana di rumah zul.

Bermain-main difikiran ku, sekiranya ku memenuhi jemputan ke majlis tersebut mungkin ramai kenalan-kenalan lama akan ku temui. Setelah sampai di teratak zul lebih kurang jam 2 petang, seperti tidak diduga ramai lebih kurang 10 orang kenalan-kenalan lama sudah berada di sana. Ada yang datang bersama keluarga, ada pulak yang datang berkumpulan. Maka riuh rendah la suasana dirumah zul disebabkan oleh banyak cerita yang hendak dibualkan serta dikongsi bersama-sama setelah lapan tahun tidak berjumpa.

me,den n zul

Ku terpaksa pulang awal dan meninggalkan mereka setelah bertukar-tukar contact number kerana ada lagi rumah saudara yang hendak dikunjungi pada sebelah petang. Dan sebelah malam hendak ke Batu Maung untuk menziarahi saudara mara sebelah ayah pula yang sudah 2 tahun tidak bertemu.

ded, akie n zul wife


**semasa sessi bergambar ramai yang berada diluar.

**belajar di PERDA Tech college

Eid Mubarak 1429H/2008M

Ku dikejutkan oleh ibu tercinta di pagi 1 syawal 1429 Hijrah oleh kerana sebelah malam sebelumnya ku dan adik-beradik yang lain sibuk mengiaskan ruang tamu rumah serta membersihkan halaman rumah. Setelah pulang dari solat sunat Aidil Fitri semua ahli keluarga berkumpul untuk menjamu selera. Manakala kak long dan abang long masih sibuk mengenakan pakaian baru untuk anak-anaknya di pagi raya kerana baru sampai ke rumah ibu di pagi raya dari alor setar disebabkan komitmen kepada tugas di sebelah malam raya.


kak rose dan abang die serta anak-anaknya amirah najwa serta aimani najwa

Ketupat, rendang daging, ayam masak merah, sambal kerang, lontong serta dodol semuanya sudah terhidang di atas meja. Semuanya dimasak sendiri oleh ibu setiap kali tibanya kedatangan bulan syawal. Pada raya tahun ini abang lang dan sekeluarga beraya di kelantan di rumah mak mentuanya. Raya tahun nie lebih ceria kerana pertambahan bilangan ahli keluarga serta kehadiran orang baru dengan kehadiran anak saudara yang ke-14 iaitu Aimani Najwa yang berusia 7 bulan anak kepada abang ke-2 ku. Buat pertama kalinya pada tahun ini adikku yang bongsu tidak dapat menyambut kehadiran syawal bersama-sama keluarga besar ini kerana beraya di negeri indera kayangan bersama isterinya setelah mendirikan rumah tangga pada bulan ogos yang lalu. Setelah merasai ketupat rendang acara bermaaf-maafan bermula dengan suasana sedih dan hiba. Ada air mata jatuh dan berlinangan serta ciuman serta kucupan hinggap di tangan, pipi dan dahi.

Ayah serta Ibu tercinta


Sesudah itu, ku sekeluarga pergi menziarahi pusara tok wan dan nek wan yang terletak 4 kilometer dari rumah secara berkonvoi. Pusara tok wan dan nek wan terletak bersebelahan dengan ayah serta ibu saudara ku yang lain.

kak aya serta anak-anak nya aiman haziq dan aiylia assiykin

Pulang dari menziarahi pusara, kami sekeluarga mengunjungi rumah maksu (rumah adik ibu) serta rumah pak andak (rumah adik ayah) yang terletak tidak jauh dari tanah perkuburan Islam Tasek Gelugor, Pulau Pinang. tidak banyak rumah dapat ku kunjungi pada hari raya pertama kerana menanti kunjungan sanak saudara serta rakan-rakan ke rumah. Hanya 4 buah rumah sahaja dapat di kunjungi pada hari raya pertama.

abang long dan ibu tercinta