Thursday, January 21, 2010

NEW PLACE & NEW MOOD

Salam.......sedar tak sedar dah masuk minggu kedua aku memulakan kerja di tempat yang baru dangan harapan serta azam yang baru. Tetapi baru masuk minggu nie, aku amat merindui suasana kehidupan di bandar tempat kerja yang lama serta sahabat handai yang menjadi keluarga besar tika bertugas disana.

Sekarang di bandaraya yang agak asing bagi aku ini, aku terpaksa melupakan perasaan sunyi yang tiba-tiba muncul tika aku kesunyian. Maklumlah tika di Miri tidak kira siang@malam di penuhi dengan aktiviti yang padat bersama rakan-rakan yang aku anggap macam adik beradik (The Weng's).....


Terlalu banyak memori terpahat setelah 4 tahun berada di sana. Aku ingin memohon ribuan kemaffan kepada semua rakan-rakan yang berada di Miri kerana tidak memaklumkan perpindahan aku lebih awal kepada kalian.


Disini aku agak rasa dukacita kerana harapan aku agak meleset kerana sudah ramai kenalan sepejabat yang sudah berpindah ke tempat lain. Ini membuatkan aku berasa sunyi serta bosan berada di sini.....terlalu banyak soalan-soalan yang membuatkan rasa kurang selesa serta mengenang kembali peristiwa hitam dalam hidup ku muncul kembali. Maff kepada kalian yang bertanyakan soalan itu, aku tidak ada jawapan pada soalan itu. Aku amat berharap lepas nie tidak ada lagi soalan-soalan itu ditujukan kepada aku....ia akan membuatkan aku menjadi agak kaku tika soalan itu ditujukan serta amat malu sekali.....please i hope that guys understand!!!!!!!

6 comments:

Fizz Zaquan said...

Salam Nash. Sebak pulak bila baca entry ko ini dan walaupun kita jauh, namun persabahatan yang telah kita bina selama ini insyallah akan terus berkekalan.

Nanti if ada outstation ke Miri..jangan lupa bagitau kita orang ok...:) kami masih di sini..Insyallah...

Anonymous said...

Dear Bro...

Just face it...it is fated that your next destiny in Kuching. Whatever it is, you need to be strong....

Anonymous said...

Salam Abg,
awal2 tu biasalah..lama lama nanti bila dah jumpa kawan baru yang boleh layan,ok la tu..sunyi tu kejap je..

Btw,kalau ada salah silap sepanjang kita berkawan,terkasar bahasa dan sebagainya,harap dimaafkan kerana sebagai insan biasa,sememangnya kita tidak lari dari kesilapan dan tiada yang sepurna melainkanNya..

dan akhir kata,semoga tahun 2010 akan lebih bermakna dan sepurna..

zoul

Mohd Syafei Ahmad said...

Salam Nas

Biasalah tu nas tempat baru.. bak kata Zoul tu.. lama2 nanti Ok lah tu.. lagi pun Nas pun dulu pernah bertugas di Kuching kan.. Sham ni lagi lah jauh dari keluarga dan kawan2.. tapi we must try to appreciate what's around us and enjoy them di manapun kita berada..

Hチェッカー said...

マンネリ化したSEXを解消しませんか?Hチェッカーで簡単診断・診断結果を元に、現役AV男優・女優が直接アナタに実技指導を行う特典付きですよ

mclashee said...

visit this site right here human hair wigs,costume wigs,hair extensions,cheap wigs human hair,wigs,costume wigs,human hair wigs,cheap wigs human hair,hair pieces for women my website