Friday, November 19, 2010

Perkara Yang Ditakuti...

Jam 0800 pagi tanggal 21 Oktober yang lepas, aku mendapat berita yang agak mengejutkan dari kampung, adik bongsu mendapat kemalangan jalan raya tika pulang dr kerja......maka sebelah malamnya terus ku pulang ke Pulau Mutiara. Alhamdulillah...kalimah Allah yang terus terbit daripada mulut setelah melihat sendiri keadaan adik dengan mata sendiri, manakan tidak sepanjang perjalanan pulang kerana hati rasa mcm gudah gelana,gelisah yang amat sangat.......rupa-rupanya adik dah 2 hari koma akibat kemalangan sebelum aku tiba, emak yang minta perkara tersebut di rahsia dari pengetahuan aku.....tetapi hati kecil aku merasakan tidak sedap rasa pagi tersebut...telefon terus capai untuk bertanya khabar dari ibu tercinta.....maka ibu terus menceritakan perkara sebenar setelah ku menanyakan pelbagai soalan bekaitan adik-beradik ku.........

Niat ibu itu mungkin ada hikmahnya ku rasakan.......

Salam Aidil Adha 1431H/2010M


Aidil Adha yang menjelang pada kali nie, pertama kali aku sambut diluar daripada Bandaraya Miri setelah 5 tahun mencari nafkah di bumi kenyalang. Aidil Adha kali nie,aku sambutnya di Kuching Sarawak bersama-sama rakan-rakan sekerja yang x pulang ke kampung halaman......aku merindui suasana hari raya tika berada di Miri, Selamat Hari Raya Aidil Ahda kepada semua muslimin dan musliman pada tahun 1431 H/2010 M.......

Monday, November 15, 2010

Jiwa Resah Gelisah

Kadang-kadang aku rasa sunyi. Perasaan sunyi ni gaklah yang membuatkan perjalanan hidup aku seharian seakan dilanda disorientasi. Bingung memanjang...

Aku cuba untuk mendiversifikasikan setiap hasilan yang terhasil daripada pergerakan tubuh, lontaran buah fikiran yang dicernakan oleh minda & akal tapi semua tu seakan membunuh jiwa, meragut rasa.

Setiap kali jiwa resah, tidur malam pasti terganggu. Soalannya, apakah yang menjadi punca rasional setiap kebingungan ni? Setiap inci kulit di wajah sudah mula 'melahirkan' kerunyut. Kadang-kala, tidur malam juga disulami dengan mimpi aneh yang membuatkan otak mula cerdas menghantar sel² supaya perasaan di dalam hati cemas berdetik. Manyau agaknya...

Bilik masih sama, katil masih sama, balkoninya juga sama... bila semua ni akan berakhir? Aku harap secepat mungkin agar moderator hati tak gusar lagi, hentaman jiwa kembali tenang.