Thursday, January 21, 2010

NEW PLACE & NEW MOOD

Salam.......sedar tak sedar dah masuk minggu kedua aku memulakan kerja di tempat yang baru dangan harapan serta azam yang baru. Tetapi baru masuk minggu nie, aku amat merindui suasana kehidupan di bandar tempat kerja yang lama serta sahabat handai yang menjadi keluarga besar tika bertugas disana.

Sekarang di bandaraya yang agak asing bagi aku ini, aku terpaksa melupakan perasaan sunyi yang tiba-tiba muncul tika aku kesunyian. Maklumlah tika di Miri tidak kira siang@malam di penuhi dengan aktiviti yang padat bersama rakan-rakan yang aku anggap macam adik beradik (The Weng's).....


Terlalu banyak memori terpahat setelah 4 tahun berada di sana. Aku ingin memohon ribuan kemaffan kepada semua rakan-rakan yang berada di Miri kerana tidak memaklumkan perpindahan aku lebih awal kepada kalian.


Disini aku agak rasa dukacita kerana harapan aku agak meleset kerana sudah ramai kenalan sepejabat yang sudah berpindah ke tempat lain. Ini membuatkan aku berasa sunyi serta bosan berada di sini.....terlalu banyak soalan-soalan yang membuatkan rasa kurang selesa serta mengenang kembali peristiwa hitam dalam hidup ku muncul kembali. Maff kepada kalian yang bertanyakan soalan itu, aku tidak ada jawapan pada soalan itu. Aku amat berharap lepas nie tidak ada lagi soalan-soalan itu ditujukan kepada aku....ia akan membuatkan aku menjadi agak kaku tika soalan itu ditujukan serta amat malu sekali.....please i hope that guys understand!!!!!!!