Jam 0800 pagi tanggal 21 Oktober yang lepas, aku mendapat berita yang agak mengejutkan dari kampung, adik bongsu mendapat kemalangan jalan raya tika pulang dr kerja......maka sebelah malamnya terus ku pulang ke Pulau Mutiara. Alhamdulillah...kalimah Allah yang terus terbit daripada mulut setelah melihat sendiri keadaan adik dengan mata sendiri, manakan tidak sepanjang perjalanan pulang kerana hati rasa mcm gudah gelana,gelisah yang amat sangat.......rupa-rupanya adik dah 2 hari koma akibat kemalangan sebelum aku tiba, emak yang minta perkara tersebut di rahsia dari pengetahuan aku.....tetapi hati kecil aku merasakan tidak sedap rasa pagi tersebut...telefon terus capai untuk bertanya khabar dari ibu tercinta.....maka ibu terus menceritakan perkara sebenar setelah ku menanyakan pelbagai soalan bekaitan adik-beradik ku.........
Niat ibu itu mungkin ada hikmahnya ku rasakan.......