Kalau masa saya kecil-kecil dahulu, waktu hujan begini memang saat yang saya tunggu. Lagi lebat hujan lagi saya suka. Lagi thrill! Masa untuk mandi. Ya, mandi hujan!!! Best!!!
Biasanya dengan berseluar pendek, saya akan ke terjun ke halaman rumah. Sambil mandi hujan, sambil menyapu longkang. Atau berguling-guling dalam lopak air. Apa lagi, berkubanglah. Masa itu umur saya 7-8 tahun. Biasanya saya akan berkubang dengan kakak saya.
Arwah ayah memang sporting. Kadang-kadang dia pun ikut sama. Waktu inilah dia akan membersihkan longkang di sekitar rumah atau menebas, membuat aliran air bagi mengelakan hakisan pada pasir di halaman rumah. Ada masa dalam hujan begini, kami akan mencabut ubi kayu untuk dibuat penganan. Ubi rebus cicah dengan kelapa yang digaul dengan gula. Minum dengan kopi panas. Uiks... kecur air liur!!dah lama tak makan.......
Emak tidak pernah melarang. Tak bimbang pun kena demam. Cuma kalau ada kilat atau petir, baru emak tegah. Kalau sekadar hujan sahaja, mandilah sampai kecut.Dan kami pula tak pernah demam sebab mandi hujan. Mungkin udara waktu itu tidak tercemar. Maklumlah, kami tinggal di kawasan pedalaman.
Rindunya zaman waktu kanak-kanak dahulu...........
2 comments:
Semua org ada kenangan terindah masa kecik2 kan? Mmg kalau diberi peluang nak je putarkan waktu pada masa itu... :)
huhuhu best nya entry ni.. best kan mandi hujan.. huhu rindulah hujan.. kat qatar ni hujan boleh kira berapa kali setahun
Post a Comment