Setelah seharian melepak di rumah pada hari minggu yang lepas, aku menerima ajakan daripada along dan nuzhol untuk ke Bukit Telaga Minyak@Canada Hill yang menempatkan Grand Old Lady serta Muzium Petronas puncak bukit tersebut pada ketinggian 30 meter daripada paras laut. Grand Old Lady merupakan salah satu tempat yang menjadi daya tarikan pelancong bagi bandaraya Miri. Grand Old Lady merupakan telaga minyak yang pertama dibangunkan oleh syarikat Shell di Sarawak pada tahun 1910.
Grand Old Lady telah memainkan peranan yang penting untuk kemajuan serta pembangunan Miri dari sebuah perkampungan nelayan pada era tahun 1900 telah berjaya menukarkan Miri menjadi kepada salah satu bandar yang besar pada masa kini. Miri juga turut digenali sebagai bandar minyak di Sarawak mahupun seluruh Malaysia. Setelah 62 tahun berkhidmat kepada kemajuan Bandaraya Miri Grand Old Lady telah dibehentikan operasi pada tahun 1972 kerana kehabisan minyak pada telaga tersebut. Sepanjang beroperasi Grand Old Lady telah berjaya mengeluarkan sebanyak 658,650 barrels. Kini Grand Old Lady menjadi monumen sejarah yang penting dalam industri minyak di Malaysia. Ia juga menjadi simbol bagi bandaraya miri.
Dari atas Bukit Telaga Minyak ini kita dapat menyaksikan pemandangan keseluruhan Bandaraya Miri yang mengadap Laut China Selatan serta kehijauan yang bandar ini. Sekiranya cuaca baik kita dapat melihat pelantar-pelantar minyak yang berada tengah dilautan yang membiru yang bertentangan dengan bukit ini. Ini adalah diantara beberapa keping gambar yang berjaya dirakam pada hari tersebut.
1 comment:
Best la entry u nie.. banyak info sejarah.. i like it :D
Apa2 pun thanks sebab ada sekali petang itu.. nanti2 kita naik lagi yerk!! i nak sangat ambik pic pemandangan Miri waktu malam..
Post a Comment