Wednesday, September 24, 2008

Balik Kampung

Sebaik melangkah masuk ke office pagi nie, suasana yang amat berbeza berbanding hari-hari sebelum nie. Kedengaran lagu-lagu hari raya yang dimainkan oleh kak Ipah. Terlintas di fikiran sejenak bahawa sudah masuk hari ke 24 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun 1429H/2008M. Ada di kalangan rakan sekerja ku yang sudah bercuti untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sebelum masuk tidur semalam. Ku dapat messagge dari seseorang yang berada semenanjung yang sudah lama tidak berjumpa. Menanyakan bila ku pulang ke kampung untuk menyambut hari raya aidil fitri. Perhubungan persahabatan terjalin semenjak di sekolah rendah sehinggalah sekarang. Tetapi razif tinggal di Terangganu sekarang dan mengajar di sana.

Setelah berbual dengan Razif , baru ku teingatkan pesanan dari kak long yang mengidam nak makan kek lapis sarawak yang popular di musim-musin perayaan ini. Pertengahan bulan Ogos yang lalu, sudah ku tempahan kek lapis dengan rakan sekerja. Memandangkan tinggal lagi sehari sebelum pulang ke kampung baru ku teringat, kek lapis yang di tempah belum di ambil lagi. Terpaksa ku mengambil kek di sebelah malam dan sesudah itu baru dapat packing barang-barang yang hendak di bawa ke kampung.


Di fikiran ku terlintas ingin membawa ibu serta adik-adik yang lain berbuka puasa di luar setelah ku berada di sana. Memandangkan ku jarang pulang ke kampung dan mangambil kesempatan di hari-hari terakhir yang ada di dalam bulan ramadhan nie. Medan selera Teluk Tempoyak dan Restoran Ikan Bawal bermain di minda. Tempat makan tu sudah menjadi tempat kegemaran ibu dengan lauk pauk yang beraneka rasa serta menepati para pelanggan. Menu utama yang menjadi kegemaran aku semestinya kari kepala ikan bawal yang fuh!!!!!........best.......

5 comments:

Mohd Syafei Ahmad said...

Nas

Selamat berhari raya bersama keluarga dan teman2... thanks for your help the other day. really appreiate it.

rhymee suhaili said...

Teluk Tempoyak, yang kononnyer tak wujud :)

Zoulkieflie said...

salam perkenalan..
selamat menyambut hari raya..

Rush Murad said...

cerita beraya kat kampung mana???bro, balik Miri bawak ole2 dari Penang tak???

Nasarudin Ahmad said...

rhymee-teluk tempoyak memang wujud dari dulu lagi.perkampungan nelayan serta ada medan selera ikan bakar kat situ.

zoulkieflie-Salam perkenalan. Selamat hari Raya.

Rush-beraya kat kampung tesek gelugor kat penang.ole-ole kalu sempat nas cari nanti,nas bawa la dr penang.ok