Tuesday, November 4, 2008

Mengejar Sunset

Aktiviti mengejar sunset kali ini bertempat di pantai Lutong berdekatan dengan Lutong Airstrip yang mengadap Laut China Selatan. Memandangkan lokasi yang tidak seberapa jauh dari rumahku. Aku memenuhi jemputan dari Terompah Biru dan Zara yang telah seminggu merancangkan program ini. Kecantikan panorama matahari terbenam serta laut yang membiru dapat diabadikan pada petang Ahad(02 Nov 2008) yang lalu.

Pantai Lutong juga menjadi salah satu tempat perkelahan untuk penduduk bandaraya Miri serta beriadah. Ini adalah disebabkan lokasinya hanya 3 kilometer sahaja dari pusat bandar serta berhampiran dengan piasau camp. Setelah sampai di sana ramai juga pengunjung yang mengunjungi pantai ini. Ada yang datang bersama keluarga untuk bermandi-manda, ada pula yang datang untuk menikmati keindahan matahari terbenam di ufuk barat serta aktiviti bersantai di tepi pantai. Suasana petang itu begitu mempesonakan serta memukau kebanyakan para pengunjung kerana dengan tiupan angin bayu yang mengasyikkan serta kedengaran enjin kipas daripada aktiviti paragliding yang bertempat di situ sekali sekala ketika melimpasi kedudukan kami.

Pada petang itu juga, Zara memberitahu dia nak Fly! zara ingin mencuba aktiviti paragliding yang dipelawa oleh kawannya untuk mencuba aktiviti ini. Sambil aku dengan along meneruskan aktiviti mengejar sunset. Sempat juga aku merakamkan beberapa keping gambar zara mempelajari aktiviti paragliding dengan penuh keazaman dan kegigihan serta teknik-teknik untuk melayakkan beliau menguasai awan yang biru.........Good Luck zara.


8 comments:

Wanpetunjuk said...

Woit....salam bro...tak tau pung ko pergi sana ahad lepas....tak bagi tahu pung...mmg makan sorang...

2 gadis lagik ko dapat....!!!

Nasarudin Ahmad said...

wanhidayat-nash ingat ko orang tahu!sory la....lain kali kita pergi sana lagi.Bukan ko g lambir n pantai luak ke petang ahad tu?.....

zackzara said...

Thanks Nash! :)

Sebenarnya, depa tu bukan kawan or kenalan I.. I tak kenal pun :D Tu semua impromptu invitation. Best wooo fly sket2..next time, u all la pula ok!

Elehhh Wan tu...org dah ajak dah nak gi Airstrip..sudahnya Lambirstrip.. hahahha..takpa la mung.. lain kali kita pegi ramai2 ek, Wan...

Rush Murad said...

nice pics.... u have gud 'eyes' la Nas... kalau u ada camera canggih... lagik melethops!

Nasarudin Ahmad said...

rush-thank,nas masih belajar2 lagi nie,cara snap yang betul.....nanti2la nash beli camera yang baru n canggih ckit.

Mohd Syafei Ahmad said...

giiituulah.. masa kita kat sana haraaaammm nak ajak gi buat benda2 sihat camni.... sentappps

rhymee suhaili said...

Sham, janganlah sentap. Hihihiks... Kat Doha tuh, byk lagi aktiviti kesihatan lain kan...

Mohd Syafei Ahmad said...

Rhymee

Kat Doha aktiviti menggemukkan adalah banyak.. makannnnn je kerjanya.. makan shopping makan shopping..