Walaupun sudah memasuki minggu ke2 dalam bulan syawal ini, jemputan untuk menghadiri serta mengunjungi rumah terbuka sempena hari raya masih meriah dirasai. Pada 11 syawal yang lepas, terima kasih kepada suhaili kerana sudi menjemput kami ke rumah terbuka beliau terletak di pujut 7. Semasa ku sampai di rumah suhaili, sahabat-sahabat yang lain sudah berada disana kerana ku tiba agak lewat berbanding yang lain kerana ada urusan lain sebelumnya. Biasa lah kalu dah berkumpul beramai-ramai nie. Banyaklah cerita yang dibualkan serta gurauan mesra yang mengeratkan lagi uhkuwah sesama kami.
Dari kiri di atas sofa : Rhymee Writes, Teratak Ku, Tepak Sireh, Chronicle, Luaq Dome Esplanade dan Haizul.
Dari kiri di atas sofa : Amalia, Nurul, Anne, Along, Laili, ZackZara dan Aishah.
Gambar ini yang dapat mengambarkan suasana kemeriahan rumah terbuka Aidil Fitri khairul serta keluarga yang sempat di ambil oleh kawan-kawan semua. Terima kasih juga kepada khairul yang telah mengadakan jamuan rumah terbuka sehari sebelumnya di luak. Hidangan yang disediakan amat membuka selera kerana menu yang disediakan adalah dimasak sendiri oleh mak Khairul. Ini menambah selera kami untuk merasai masakan yang terhidang. Setelah lebih kurang satu setengah di rumah khairul kami beransur-ansur pulang kerana masing-masing ada urusan lain.
7 comments:
Terima kasih kerana sudi dtg berkunjung.
suka lah tu
Salam bro...updated!!!, gambar2 tempoh hari nnti lah aku masukkan dalam picturetrail...takdok maso lagik...
hopefully u ok dgn kepala gila2 we all nih.... meriah kan?? tengok ler sapa Mak Hayam kat Miri niii... *Kak Sue kah?
Salam Nash.. nice to see u back lepas gath berbuka puasa kat rumah Rush hr tu...
U asal Penang rupanya.. Along ade adik study kat sana :D
best kan open house mcm ni..nama pun 'lepak santai raya'.. thanks Suhaili.. :)
rhymee-sama2 suhaili.
whiteligter-mesti la suka dapat jumpa dengan kawan2 yang lain.Rugi la u tak ada sama.
wanhidayat-tak apa wan,nanti dah siap bagi tahu,boleh nash ambil dari sana je.
rush murad- yala rush,i ok je tp kenapa la tak kenal dgn u all awal lagi dari sekarang?....i happy dapat kenal dgn u all semua...thank rush
Post a Comment