Ku dikejutkan oleh ibu tercinta di pagi 1 syawal 1429 Hijrah oleh kerana sebelah malam sebelumnya ku dan adik-beradik yang lain sibuk mengiaskan ruang tamu rumah serta membersihkan halaman rumah. Setelah pulang dari solat sunat Aidil Fitri semua ahli keluarga berkumpul untuk menjamu selera. Manakala kak long dan abang long masih sibuk mengenakan pakaian baru untuk anak-anaknya di pagi raya kerana baru sampai ke rumah ibu di pagi raya dari alor setar disebabkan komitmen kepada tugas di sebelah malam raya.
kak rose dan abang die serta anak-anaknya amirah najwa serta aimani najwa
Ketupat, rendang daging, ayam masak merah, sambal kerang, lontong serta dodol semuanya sudah terhidang di atas meja. Semuanya dimasak sendiri oleh ibu setiap kali tibanya kedatangan bulan syawal. Pada raya tahun ini abang lang dan sekeluarga beraya di kelantan di rumah mak mentuanya. Raya tahun nie lebih ceria kerana pertambahan bilangan ahli keluarga serta kehadiran orang baru dengan kehadiran anak saudara yang ke-14 iaitu Aimani Najwa yang berusia 7 bulan anak kepada abang ke-2 ku. Buat pertama kalinya pada tahun ini adikku yang bongsu tidak dapat menyambut kehadiran syawal bersama-sama keluarga besar ini kerana beraya di negeri indera kayangan bersama isterinya setelah mendirikan rumah tangga pada bulan ogos yang lalu. Setelah merasai ketupat rendang acara bermaaf-maafan bermula dengan suasana sedih dan hiba. Ada air mata jatuh dan berlinangan serta ciuman serta kucupan hinggap di tangan, pipi dan dahi.
Ayah serta Ibu tercinta
Sesudah itu, ku sekeluarga pergi menziarahi pusara tok wan dan nek wan yang terletak 4 kilometer dari rumah secara berkonvoi. Pusara tok wan dan nek wan terletak bersebelahan dengan ayah serta ibu saudara ku yang lain.
kak aya serta anak-anak nya aiman haziq dan aiylia assiykin
Pulang dari menziarahi pusara, kami sekeluarga mengunjungi rumah maksu (rumah adik ibu) serta rumah pak andak (rumah adik ayah) yang terletak tidak jauh dari tanah perkuburan Islam Tasek Gelugor, Pulau Pinang. tidak banyak rumah dapat ku kunjungi pada hari raya pertama kerana menanti kunjungan sanak saudara serta rakan-rakan ke rumah. Hanya 4 buah rumah sahaja dapat di kunjungi pada hari raya pertama.
abang long dan ibu tercinta
2 comments:
Salam Aidilfitri Nash...
Nash
Selamat Hari Raya.. masa salam mak ayah sure Nash yang paling kuat nangis.. pasal Nash kan yang paling 'terejal' hehehe
Post a Comment