Monday, June 14, 2010

Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Sempena Cuti Perayaan Gawai yang panjang dalam minggu lepas, aku berkesempatan melawat Pusat Hidupan Liar (Semengoh Wildlife Rehabilitation) yang dijadikan tempat pelindungan bagi habitat Orang Hutan yang diwujudkan semenjak tahun 1975 lagi . Aku ke sana bersama-sama rakan sekerja yang tidak pulang ke kampung pada cuti pelepasan am yang panjang ini. Terletak tidak jauh daripada Bandaraya Kuching hanya mengambil masa 40 minit @ 20 km untuk sampai dari bandar. Sekiranya hendak ke sana kita akan melalui Bandar Padawan terlebih dahulu untuk sampai ke destinasi. Pusat Hidupan ini juga, turut menempatkan Pusat Kajian Tumbuhan serta Arboretum. Pusat Hidupan Liar telah diwartakan sebagai hutan simpan semenjak 1920 dan pada bulan April 2000 telah ditukarkan untuk menjadi Semenggoh Nature Reseve.



Dengan bayaran RM3 setiap seorang para pelawat dapat menikmati keindahan hutan serta para penguninya terutamanya orang hutan. Dalam sehari terdapat 2 sessi untuk melihat orang hutan. Pada sebelah pagi bermula dari jam 0800-1000 pagi dan sebelah petang bermula dari jam 1500-1700 petang sahaja. Pada waktu tersebut orang hutan akan dipanggil keluar oleh pegawai-pegawai perhilitan untuk menikmati makanan pada suatu tempat.


Tika sampai disana, hujan gerimis mulai membasahkan bumi serta cuaca agak sejuk sedikit pada
pagi itu. Setelah selesai mendengar taklimat ringkas daripada pegawai perhilitan serta peraturan-peraturan semasa melawat. kami juga turut di tekanankan dengan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa berada dekat dengan orang hutan. Bayaran tidak dikenakan untuk membawa lensa kesayanganku tetapi flash tidak boleh di gunakan semasa mengambil gambar. Menurut pegawai terbabit, flash akan membuatkan orang hutan terkejut serta menakutkan haiwan tersebut agar haiwan tersebut tidak bertindak balas terhadap pelawat.



Para pelawat hanya perlu melalui denai di dalam hutan sejauh 100 meter dari tempat mendengar taklimat sebelum itu. Tika sampai di lokasi yang telah diterangkan, kita kan menjumpai suatu tempat yang direka khas untuk pelawat untuk melihat mamalia tersebut. Bertentangan dengan tempat pelawat disediakan satu ruangan yang dipenuhi dengan makanan untuk orang hutan. Tidak lama setelah sampai, orang hutan mulai memunculkan dari celahan hutan serta mendekatkan diri dengan tempat makanan yang disediakan. Ada yang datang begitu hampir dengan para pelawat. Kami dinasihatkan untuk berada 4-6 meter dari haiwan ini demi langkah-langkah keselamatan. Pada pagi tu, terdapat 12 ekor orang hutan yang keluar untuk mendapatkan makanan yang telah disediakan. Menurut pegawai tersebut, terdapat lebih kurang 30 ekor orang hutan yang hidup bebas di dalam taman pelindungan itu.


Setelah hampir sejam, melihat telatah dan kerenah orang hutan ini, kami terpaksa beredar awal oleh disebabkan hujan yang mulai turun dengan lebatnya. Ini adalah pengalaman pertama ku melihat orang hutan yang hidup bebas di dalam hutan. Pengalaman ini menjadikan ku bertambah bersemangat untuk melawat taman-taman negara yang ada di Bumi kenyalang ini. Ku telah melawati 5 taman negara sebelum ini, iaitu Taman Negara Lambir, Taman Negara Niah, Taman Negara Loagan Bunut, Taman Negara Semilajau, Taman Negara Mulu dan Taman Negara Mas Gading. Pengalaman yang di perolehi di Pusat Hidupan Liar ini jauh berbeza daripada melawati taman-taman negara yang lain sebelum ini.

1 comment:

Jamalnjvf said...

For slower, more uniform growth, choose fertilizers containing sources of slow-release nitrogen such as methylene urea, ureaformaldehyde, sulfur coated urea, or IBDU. Chemical sources may be a lot higher in nitrogen but Organic nitrogen releases slowly over a longer period. Compare Prices & Read Reviews on Fertilizers, including top brands such as Scotts and Miracle Gro at Bizrate.com.